TARIKH : 5 FEBRUARI 2024

MASA : 09.00 PAGI - 06.00 PETANG

LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) KAMPUNG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Sistem Pengurusan IDentiti (IdMe) akan menjadi repositori utama bagi menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam.

Setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem.

Komponen ini adalah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.

AKTIVITI

Petugas membantu para ibu bapa mendaftarkan diri dalam Sistem IdMe dan seterusnya mengemaskini maklumat diri, pasangan dan anak-anak yang masih bersekolah. Selepas mengemaskini, para ibu bapa perlu mengesahkan maklumat dan menghantar maklumat ke dalam sistem.

GAMBAR DI SINI

TARIKH : 28 JANUARI 2024

MASA : 08.00 PAGI - 02.00 PETANG

LOKASI : SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH, MALIM NAWAR

011

Telah berlangsung pembukaan kaunter fizikal PEDi di SK Tualang Sekah sempena program Hari Keusahawanan. Program bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Petugas dari PEDi Kampung Tualang Sekah dan PEDi Kampung Pengkalan Baru yang hadir membuka kaunter di sini.
Antara aktiviti yang sediakan adalah Pendaftaran / Kamaskini idMe, Pertandingan Teka Bilangan Button Badge KDB dan Pameran KDB. Selain itu, para petugas juga membawa barangan untuk dijual di kaunter. Antaranya klip rambut, mask extender dan sabun basuh baju jenama 5Clean.
 
TARIKH : 20 JANUARI 2024

MASA : 10.00 PAGI - 01.30 PETANG

LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Kursus SLPM merupakan kursus wajib daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua pengendali makanan yang terlibat dalam semua aspek penyediaan, penyimpanan dan penyediaan makanan. Kursus ini terbuka kepada sesiapa yang menjalankan perniagaan makanan dan belum menghadiri Kursus Latihan Pengendalian Makanan serta bagi yang ingin membuka perniagaan makanan. 

Seramai 10 orang peserta yang menghadiri kursus hari ini. Peserta kali ini ramai di kalangan peniaga kedai makanan dan vendor.

AKTIVITI

Antara pelajaran yang ada dalam program ini adalah cara pengendalian makanan yang betul, keselamatan makanan, kebersihan diri, premis dan juga penyelengaraan serta tatacara pemakaian pengendali makanan yang betul.

GAMBAR DISINI

TARIKH : 24-28 JANUARI 2024

MASA : 09.00 PAGI - 05.00 PETANG

LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Telah berlangsung Kaunter Bergerak Pendaftaran PADU oleh Jabatan Perangkaan (DOSM) di PEDi Kampung Pengkalan Baru dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Penduduk setempat hadir ke PEDi untuk melakukan pendaftaran dan kemas kini maklumat dibantu oleh pegawai-pegawai yang dilantik. 
 
Pendaftaran dibuka secara rasmi pada 2 Januari 2024 kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas melalui portal http://www.ekonomi.gov.my/padu . 
 
Pangkalan Data Utama atau PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.
 
PADU berperanan untuk memastikan rakyat Malaysia yang layak dapat menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat.
 
Dengan objekitifnya untuk menyediakan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala, pengenalan PADU membolehkan penggubalan dasar dan proses membuat keputusan dilaksanakan berpacukan data, sekaligus membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.
 
Selain itu, pengenalan PADU sebagai pangkalan data yang diintegrasikan dari pelbagai sumber ini dapat meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan, mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad, memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat dan juga merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.
 
TARIKH : 17-21 JANUARI 2024

Penduduk setempat pendaftaran dan kemas kini maklumat seperti maklumat peribadi, maklumat isi rumah, maklumat bank, pendidikan tertinggi, maklumat pekerjaan, maklumat pendapatan dan komitmen.