TARIKH : 24 FEBRUARI 2024

MASA : 09.00 PAGI - 11.00 PAGI

LOKASI : PEDi RUNGKUP

TUJUAN

Telah Berlangsung Mini Program - Kelas Usahawan Dunia AI di PEDi Simpang 4 Rungkup. PEDi Kampung Tualang Sekah juga bersama-sama membantu dalam program ini.

AKTIVITI

Pelbagai acara menarik yang telah disediakan seperti Pameran & Kaunter Perkhidmatan TM Unifi Biz - Maybank ‘Go Niaga’, Bengkel Aplikasi Digital AI MS Bing, ChatGPT dan Copywriting. Pameran Jabatan Penerangan. Permainan Rakyat (kategori terbuka, individu, dan berkumpulan), Pertandingan Berasaskan ICT, Gerai Mini Games, dan Cabutan Bertuah.

GAMBAR DI SINI

TARIKH : 23 FEBRUARI 2024

MASA : 09.00 PAGI - 12.30 TENGAHARI

LOKASI : APLIKASI GOOGLE MEET(ONLINE)

TUJUAN

Sesi bersama Dattel untuk OHSEMads dan juga sesi penerangan dan penutup latihan tahunan pengurus dan pembantu pengurus bersama TM.

TARIKH : 17 FEBRUARI 2024

MASA : 10.00 PAGI - 1.30 PETANG

LOKASI : APLIKASI ZOOM (ONLINE)

WhatsApp-Image-2024-02-17-at-14.14.31

TUJUAN

Kursus SLPM merupakan kursus wajib daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua pengendali makanan yang terlibat dalam semua aspek penyediaan, penyimpanan dan penyediaan makanan. Kursus ini terbuka kepada sesiapa yang menjalankan perniagaan makanan dan belum menghadiri Kursus Latihan Pengendalian Makanan serta bagi yang ingin membuka perniagaan makanan. 

Seramai 13 orang peserta yang menghadiri kursus hari ini. Peserta kali ini ramai di kalangan peniaga kedai makanan dan vendor.

 

AKTIVITI

Antara pelajaran yang ada dalam program ini adalah cara pengendalian makanan yang betul, keselamatan makanan, kebersihan diri, premis dan juga penyelengaraan serta tatacara pemakaian pengendali makanan yang betul.

 

GAMBAR DI SINI

TARIKH : 19 - 20 FEBRUARI 2024

MASA : 09.00 PAGI - 05.00 PETANG

LOKASI : APLIKASI ZOOM (ONLINE)

TUJUAN

Ai untuk Rakyat ialah program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang 'Kecerdasan Buatan' - Artificial Intelligence (Ai). 

AKTIVITI

Program ini dijalankan untuk melatih kakitangan PEDi mengenai fungsi dan keupayaan ChatGPT untuk penciptaan kandungan teks dan pencipta imej Bing untuk penjanaan kandungan visual. Selain itu, membangunkan kemahiran dalam mencipta kandungan media sosial yang menarik dan relevan dengan menggunakan Ai.

GAMBAR DI SINI

TARIKH : 16 FEBRUARI 2024

MASA : 03.00 PETANG - 06.00 PETANG

LOKASI : APLIKASI GOOGLE MEET (ONLINE)

Screenshot-2024-02-16-175854

TUJUAN

Telah berlangsung Mesyuarat Hari Bersama Komuniti (HBK) Kluster Hilir Perak dan Kampar secara atas talian. Mesyuarat kali ini merupakan sesi kedua untuk persiapan HBK. Agenda mesyuarat kali ini adalah menetapkan aktiviti yang bersesuaian, persiapan tempat, susunan aturcara dan bajet.

 

GAMBAR DI SINI