TARIKH : 3 JANUARI 2024
MASA : 09.00 PAGI - 06.00 PETANG
LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’. Program ini adalah kesinambungan kepada kejayaan program e-dompet Kerajaan sebelum ini dan mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat. Kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian secara fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
Tempoh pendaftaran serta tuntutan eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024, manakala kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat (MAE Maybank, SETEL, Touch n Go eWallet dan ShopeePay) boleh dibelanjakan sehingga 11.59 malam, 29 Februari 2024.
AKTIVITI
Pengguna dari kalangan komuniti Malim Nawar dan Tualang Sekah yang hadir perlu memberikan maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah, nombor telefon terkini, pekerjaan dan gaji terkini sebagai pengesahan akaun serta melengkapkan permohonan eMADANI.