TARIKH : 28 DISEMBER 2023

MASA : 10.30 PAGI - 01.00 PETANG

LOKASI : PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG JELINTOH

TUJUAN

Telah berlangsung Bengkel Fotografi Smartphone yang diadakan di Perpustakaan Desa (PD) Kampung Tualang Sekah. Bengkel bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Bengkel Fotografi Smartphone ini merupakan bengkel anjuran PD Kampung Tualang Sekah dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah.
Topik pembelajaran hari ini ialah peserta mengetahui Asas Penting dalam Fotografi Smartphone, Setting Smartphone, Tips Ambil Gambar Cantik seperti Professional dan Belajar Cara Pose.
 
AKTIVITI
Peserta juga perlu menyiapkan tugasan gambar secara berkumpulan. 4 jenis gambar yang perlu siap dan dihantar oleh peserta iaitu Gambar Solo, Gambar Berkumpulan, Gambar Selfie / Duduk serta Gambar Framing. Tugasan perlu disiapkan dalam tempoh 40 minit dan perlu dihantar kepada tenaga pengajar untuk dinilai.
 

TARIKH : 31 DISEMBER 2023

MASA : 09.00 PAGI - 01.00 PETANG

LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG PENGKALAN BARU

 

TUJUAN

Telah berlangsung Bengkel Asas TikTok Shop di PEDi Kampung Pengkalan Baru dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Bengkel ini merupakan anjuran Puteri UMNO Bahagian Gopeng dengan kerjasama PEDi Kampung Pengkalan Baru. Petugas PEDi Kampung Tualang Sekah dijemput sebagai tenaga pengajar untuk bengkel ini.
Fokus pembelajaran hari ini ialah peniaga/usahawan dapat memuat turun aplikasi TikTok Shop, mendaftar gedung TikTok Shop, tambah produk baru, menguruskan pesanan, TikTok Live serta mengetahui kos menjual di TikTok Shop.
 
AKTIVITI
Peserta perlu mendaftarkan diri dalam aplikasi TikTok dan seterusnya menukarkan akaun kepada TikTok Business. Kemudian, peserta diminta untuk memuat turun aplikasi TikTok Shop serta mendaftarkan akaun tadi dalam aplikasi ini.
 

 

TARIKH : 23 DISEMBER 2023

MASA : 09.30 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

LOKASI : PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG TUALANG SEKAH

 

TUJUAN

Telah berlangsung Bengkel Fotografi Smartphone yang diadakan di Perpustakaan Desa (PD) Kampung Tualang Sekah. Bengkel bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Bengkel Fotografi Smartphone ini merupakan bengkel anjuran PD Kampung Tualang Sekah dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah.
Topik pembelajaran hari ini ialah peserta mengetahui Asas Penting dalam Fotografi Smartphone, Setting Smartphone, Tips Ambil Gambar Cantik seperti Professional dan Belajar Cara Pose.
 
AKTIVITI
Peserta juga perlu menyiapkan tugasan gambar secara berkumpulan. 4 jenis gambar yang perlu siap dan dihantar oleh peserta iaitu Gambar Solo, Gambar Berkumpulan, Gambar Selfie / Duduk serta Gambar Framing. Tugasan perlu disiapkan dalam tempoh 40 minit dan perlu dihantar kepada tenaga pengajar untuk dinilai.
 

TARIKH : 24 DISEMBER 2023

MASA : 03.00 PETANG - 05.00 PETANG

LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG TUALANG SEKAH

 

TUJUAN

Telah berlangsung kelas STEM Project : Bridge Construction Simulator di PEDi Kampung Tualang Sekah. Kelas ini untuk peserta di kalangan pelajar sekolah yang berumur 10 hingga 15 tahun.
Seronok betul peserta dapat buat simulasi bina jambatan dengan menggunakan bahan seperti tali, besi dan rangka besi. Peserta dapat mengasah ilmu kemahiran fizik dan kejuruteraan bila bermain permainan ini.
 
AKTIVITI
Peserta perlu bermain permainan ini dengan cara mereka jambatan yang stabil dan kenderaan berat boleh melaluinya. Kekangan peserta adalah apabila setiap jambatan yang dibina tidak boleh melebihi bajet yang disediakan. Bukan mudah rupanya permainan ini. Pada akhir kelas, hanya 2 peserta sahaja dapat capai Level 16.
 

TARIKH : 22 DISEMBER 2023

MASA : 09.00 PAGI - 06.00 PETANG

LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG TUALANG SEKAH

 

TUJUAN

Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’. Program ini adalah kesinambungan kepada kejayaan program e-dompet Kerajaan sebelum ini dan mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat. Kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian secara fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih. 
 
Tempoh pendaftaran serta tuntutan eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023  hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024, manakala kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat (MAE Maybank, SETEL, Touch n Go eWallet dan ShopeePay) boleh dibelanjakan sehingga 11.59 malam, 29 Februari 2024.
 

AKTIVITI

Pengguna dari kalangan komuniti Malim Nawar dan Tualang Sekah yang hadir perlu memberikan maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah, nombor telefon terkini, pekerjaan dan gaji terkini sebagai pengesahan akaun serta melengkapkan permohonan eMADANI.