TARIKH : 24-28 JANUARI 2024
MASA : 09.00 PAGI - 05.00 PETANG
LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Telah berlangsung Kaunter Bergerak Pendaftaran PADU oleh Jabatan Perangkaan (DOSM) di PEDi Kampung Pengkalan Baru dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Penduduk setempat hadir ke PEDi untuk melakukan pendaftaran dan kemas kini maklumat dibantu oleh pegawai-pegawai yang dilantik.
Pendaftaran dibuka secara rasmi pada 2 Januari 2024 kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas melalui portal http://www.ekonomi.gov.my/padu .
Pangkalan Data Utama atau PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.
PADU berperanan untuk memastikan rakyat Malaysia yang layak dapat menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat.
Dengan objekitifnya untuk menyediakan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala, pengenalan PADU membolehkan penggubalan dasar dan proses membuat keputusan dilaksanakan berpacukan data, sekaligus membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.
Selain itu, pengenalan PADU sebagai pangkalan data yang diintegrasikan dari pelbagai sumber ini dapat meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan, mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad, memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat dan juga merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.