Di Daerah Kampar terdapatnya tempat-tempat menarik yang menjadi tarikan pelancongan dengan permandangan bukit yang nyaman dan cantik. Pusat Ekonomi Digital Kampung Tualang Sekah yang terletak di tengah-tengah Kampung Tualang Sekah yang dikelilingi sungai-sungai dan tasek yang cantik menjadikan ia lebih menarik.Pekan kampar terletak 40KM dari Ipoh,Ibu Negeri Perak.

 

Kinta Tin Mining Museum

Lot 126026, Jalan Batu Karang | Taman Bandar BaruKampar 31900, Malaysia

JIKA singgah ke pekan Kampar, Perak, pastikan anda menjejakkan kaki ke Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta yang terletak di Bandar Baru Kampar bagi mendalami salah satu daripada teknik melombong yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Cina.

Apa yang menarik, muzium yang menelan belanja sehingga RM2 juta itu dibina atas kapasiti peribadi oleh tokoh perlombongan tanah air, Tan Sri Hew See Tong.

Menurut pekerjanya yang diamanahkan menjaga muzium itu, Simon Wong Peng Yin, 47, pembinaan muzium tersebut sebagai bukti rasa cinta See Tong terhadap industri berkenaan yang mengajarnya erti kehidupan.

 

 

 

 

Air Terjun Batu Berangkai

Air Terjun Batu Berangkai memerlukan 15 minit untuk mendaki menaiki kereta dari masjid daerah kampar.Air Terjun ini mempunyai bentuk dasar bumi yang unik dan cantik.

 

 

Gua Tempurung

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung.

Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram.

Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.

Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.

Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.

Gua Tempurung, boleh dikunjungi menggunakan Lebuh raya Utara Selatan ataupun jalan Persekutuan. Jika anda menggunakan PLUS, masuk ke susur keluar Plaza Tol Gopeng , belok ke kiri dan teruskan memandu sejauh 2 km sehingga menemui laluan ke Gua Tempurung di sebelah kiri. Laluan khas ini dibina bagi membolehkan kenderaan yang lebih besar besar seperti bas sampai ke gua tersebut.

 

 Rumah Rehat Kampar

Kadar Sewaan Rumah Rehat

Kadar Sewa Bilik Penginapan

Kadar sewa hari biasa ( Ahad - Khamis )

1. Bilik 'Twin Sharing' = RM 80 / malam

2. Bilik 'Queen" = RM 80 / malam

Kadar sewa hujung minggu ( Jumaat - Sabtu ) dan cuti umum

1. Bilik 'Twin Sharing' = RM 100 / malam

2. Bilik 'Queen" = RM 100 / malam

Kadar Sewa Bilik Seminar dan Mesyuarat

1. Bilik Seminar dan PA System = RM 300.00 / hari

2. Bilik Mesyuarat = RM 150.00 / hari

Kemudahan Lain

1. Kolam renang dan bilik persalinan

2. Taman rekreasi

3. WIFI (internet)

4. Kafeteria

5. Surau

Untuk Tempahan Hubungi :

En Ahmad Niza B Shamsuddin
En Muhammad Fisyal B Roslan
No Telefon : 05-4671062