TARIKH : 5 FEBRUARI 2024
MASA : 09.00 PAGI - 06.00 PETANG
LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Sistem Pengurusan IDentiti (IdMe) akan menjadi repositori utama bagi menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam.
Setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem.
Komponen ini adalah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.
AKTIVITI
Petugas membantu para ibu bapa mendaftarkan diri dalam Sistem IdMe dan seterusnya mengemaskini maklumat diri, pasangan dan anak-anak yang masih bersekolah. Selepas mengemaskini, para ibu bapa perlu mengesahkan maklumat dan menghantar maklumat ke dalam sistem.