Kampung Tualang Sekah ialah sebuah kampung di Malim Nawar, didalam daerah Kampar, negeri Perak.

Kampung ini dinamakan sempena dengan nama sebatang pokong pokok tualang di perkampungan ini.

Namun pokok ini telah disambar petir dan bahagian sekahnya tertinggal di sini.

Sekah ialah dahan pokok yang patah akibat disambar petir.

Kampung ini terletak di timur pekan Malim Nawar lebih kurang 3 km dari pekan Malim Nawar.

Terdapat banyak bekas lombong bijih timah di sekitar kampung ini.

Dahulunya penduduk di kampung ini bergantung kepada industri melombong bijih timah yang terkenal di dalam daerah Kinta.

Akibat daripada kejatuhan harga pasaran bijih timah di pasaran, banyak lombong di sekitar kampung ini terpaksa ditutup.

Bekas lombong tersebut telah dibangunkan dengan projek perumahan seperti Taman Bina Jaya dan Kampung Tersusun.

Manakala bagi lombong yang masih belum ditebus guna dengan perumahan dijadikan kolam menternak ikan oleh penduduk tempatan.