TARIKH : 17 OGOS 2024

MASA : 09.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI

LOKASI : NADI KAMPUNG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Telah berlangsung Kursus Sijil Latihan Pengendalian Makanan di NaDi Kg Tualang Sekah. Kursus ini dijalankan secara atas talian dan seramai 5 peserta telah mengikuti kursus ini.
 

AKTIVITI

Antara pelajaran yang ada dalam program ini adalah cara pengendalian makanan yang betul, keselamatan makanan, kebersihan diri, premis dan juga penyelengaraan serta tatacara pemakaian pengendali makanan yang betul.

GAMBAR DI SINI

TARIKH : 17 OGOS 2024

MASA : 09.00 PAGI - 03.00 PETANG

LOKASI : PUSAT KOMUNITI DESA KAMPUNG SUNGAI TIRAM

TUJUAN

Telah berlangsung Kursus Pemasaran Usahawan Dengan Shopee dan TikTok di Pusat Komunti Desa Kampung Sungai Tiram, Lekir. Seramai 11 peserta usahawan Daerah Manjung yang hadir untuk kursus kali ini.
 

AKTIVITI

Fokus pembelajaran adalah Shopee (Asas Persediaan Memulakan Peniagaan, Cara Tambah Produk Baru, Menguruskan Pesanan dan Menguruskan Kewangan) TikTok (Asas Mendaftar Akaun dalam TikTok Shop, Cara Tambah Produk Baru, Cara Optimumkan Senarai Produk, TikTok Live, Menguruskan Pesanan dan Kewangan).

GAMBAR DI SINI

TARIKH : 29 JULAI 2024

MASA : 02.00 PETANG - 06.00 PETANG

LOKASI : NADI KAMPUNG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Telah berlangsung Kursus AI untuk Usahawan Online (ChatGPT dan Bing AI) pada 29 Julai 2024 (Isnin) di Pusat Komuniti Desa (PKD) Kampung Jelintoh, Gopeng dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.

AKTIVITI

Peserta seramai 15 orang diajar cara-cara mendaftar aplikasi, AI untuk Rakyat, menyediakan prompt bersesuaian dan etika penggunaan

TARIKH : 30 JULAI 2024

MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

LOKASI : UITM SERI ISKANDAR, PERAK

TUJUAN

Pengurus NADI Kampung Tualang Sekah telah hadir sebagai panel penceramah Industrial Talk dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Peserta adalah di kalangan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik seramai 12 orang serta 3 pensyarah UiTM.

AKTIVITI

Pengurus NADI telah berkongsi pengalaman dan cerita sepanjang menjadi Pereka Grafik sejak zaman belajar lagi. Moga dapat menjadi pengajaran dan pembelajaran hidup untuk pelajar-pelajar ini.

GAMBAR DI SINI

TARIKH : 27 JULAI 2024

MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

LOKASI : NADI KAMPUNG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Telah berlansung STEM PROJECT : BUILD A SKELETON pada hari ini. Kelas ini mengajar tentang tulang badan dan sistem rangka dengan konsep pembelajaran yang menyeronokkan. Seramai 7 orang peserta yang hadir kelas kali ini.

AKTIVITI

Konsep pembelajaran STEM untuk memupuk rasa minat dan seronok kerana STEM ini memudahkan cara pembelajaran untuk membantu pelajar untuk lebih memahami konsep serta aplikasi dalam subjek seperti Sains dan Matematik. Ini kerana kebanyakan pelajar atau kanak-kanak amat menyukai belajar menggunakan visual video dan 'project-based learning.

GAMBAR DI SINI