TARIKH : 31 MEI 2024

MASA : 09.30 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

LOKASI : PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Petugas NADI Kampung Tualang Sekah hadir sebagai tenaga pengajar untuk kelas kali ini. Program ini merupakan program kolaborasi pertama untuk tahun ini. 

AKTIVITI

Tahniah semua peserta, kad popup banyak yang menjadi. Macam magik, buka kad keluar bunga 7 kuntum.

GAMBAR DI SINI

TARIKH : 28 MEI 2024

MASA : 10.00 PAGI - 11.00 PAGI

LOKASI : NADI KAMPUNG TUALANG SEKAH

 

TUJUAN

Telah berlangsung Kelas Asas Microsoft Word (Dewasa) yang dijalankan atas permintaan warga setempat.

AKTIVITI

Untuk kelas kali ini, peserta diajar mengenal fungsi papan kekunci, fungsi aplikasi Microsoft Word, mengenal antaramuka Microsoft Word (Title, Menu Bar, Status Bar, Language Bar, Toolbox) dan juga latihan menaip.

GAMBAR DI SINI

TARIKH : 12 MEI 2024

MASA : 09.30 PETANG - 06.00 PETANG

LOKASI : NADI KG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Telah berlansungnya temuduga di NaDi Kg Tualang Sekah bagi jawatan Pengurus dan Penolong Pengurus untuk lokasi NADI baharu.

AKTIVITI

Penggunaan NADI sebagai tempat untuk temuduga yang memberi kemudahan dari segi tempat yang luas, berhawa dingin serta mudah dijumpai.
GAMBAR DI SINI

TARIKH : 19 MEI 2024

MASA : 04.30 PETANG - 06.00 PETANG

LOKASI : NADI KG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Manfaatkan cuti anda dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berkualiti. Adik-adik boleh datang ke NADI Kampung Tualang Sekah untuk menggunakan internet dan komputer untuk tujuan pembelajaran serta ulang kaji.

AKTIVITI

Muhammad Mustaqim, pelajar GIAT MARA Gopeng yang mengambil kursus SKM Teknologi Sistem Komputer sedang menyiapkan tugasan.

GAMBAR DI SINI

TARIKH : 10 MEI 2024

MASA : 12.30 PETANG - 06.00 PETANG

LOKASI : NADI KG TUALANG SEKAH

TUJUAN

NADI Kampung Tualang Sekah sangat berbesar hati dapat menolong semua usahawan dan peniaga untuk mendapatkan Geran Program Pengupayaan Wanita : Bantuan Peralatan Perniagaan Biznita tahun 2024.

AKTIVITI

Program Pengupayaan Wanita : Bantuan Peralatan Perniagaan Biznita tahun 2024 adalah bertujuan untuk membantu menambahbaikkan perniagaan kepada peniaga dan usahawan kecil wanita melalui bantuan peralatan perniagaan.