TARIKH : 27 APRIL 2024

MASA : 03.00 PETANG - 05.00 PETANG

LOKASI : NADI KG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Telah berlansung aktiviti bersempena sambutan hari raya bersama ahli-ahli NADI Kg Tualang Sekah. Seramai 6 peserta telah menyertai aktiviti kali ini.

AKTIVITI

Aktiviti ini mengasah kreativiti pelajar dalam membuat kraf sendiri. Pelajar membuat ketupat ini dari memotong hingga menghias ketupat.

GAMBAR DI SINI

 

TARIKH : 27 APRIL 2024

MASA : 09.00 PAGI - 12.30 TENGAH HARI

LOKASI : PERPUSTAKAAN DESA KG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Memenuhi jemputan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 bersama Perpustakaan Desa Kg Tualang Sekah dan juga komuniti setempat.

AKTIVITI

Turut berlansungnya aktiviti pertandingan mewarna, kad raya kreatif dan pakaian raya paling cun. Tahniah dan terima kasih.

GAMBAR DI SINI

TARIKH : 25 MAC 2024

MASA : 11.30 PAGI - 01.00 PETANG

LOKASI : NaDi KAMPUNG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Telah berlansung sesi taklimat pelaksanaan Program Sejati MADANI di NaDi oleh ICU JPM. Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) yang akan dilaksanakan di NaDi dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

AKTIVITI

Program ini merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023. Program ini menawarkan dana kepada kumpulan komuniti berdaftar bagi membantu komuniti melaksanakan aktiviti keusahawanan sosial.

GAMBAR DI SINI

TARIKH : 04 APRIL 2024

MASA : 04.00 PETANG - 05.00 PETANG

LOKASI : NADI KAMPUNG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Telah berlangsung Program Cahaya Ramadhan Yayasan TM dan TM Perak di NADI Kampung Tualang Sekah jam 5 petang.

AKTIVITI

Program dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Azlan Helmi bin Helmi, ADUN Tualang Sekah (juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Muktimedia dan NGO Perak). Turut hadir Tuan Haji Badrul Hisham Bin Bahari selaku Pengurus Besar Telekom Malaysia Negeri Perak. Seramai 40 penerima bantuan kotak makanan di kalangan asnaf miskin.

GAMBAR DI SINI

TARIKH : 24 MAC 2024

MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

LOKASI : NaDi KAMPUNG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Telah berlansung kelas kraf, menghasilkan sampul duit raya. Seramai 11 perserta dari ahli NaDi menyertai kelas ini.

AKTIVITI

Pelajar yang hadir menghasilkan sampul duit raya sendiri dan juga menghias sampul mengikut kreativiti masing-masing. Kelas ini dijalankan untuk mengisi masa lapang hujung minggu dengan aktiviti yang bermanfaat.

GAMBAR DI SINI