TARIKH : 17 FEBRUARI 2024
MASA : 10.00 PAGI - 1.30 PETANG
LOKASI : APLIKASI ZOOM (ONLINE)
TUJUAN
Kursus SLPM merupakan kursus wajib daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua pengendali makanan yang terlibat dalam semua aspek penyediaan, penyimpanan dan penyediaan makanan. Kursus ini terbuka kepada sesiapa yang menjalankan perniagaan makanan dan belum menghadiri Kursus Latihan Pengendalian Makanan serta bagi yang ingin membuka perniagaan makanan.
Seramai 13 orang peserta yang menghadiri kursus hari ini. Peserta kali ini ramai di kalangan peniaga kedai makanan dan vendor.
AKTIVITI
Antara pelajaran yang ada dalam program ini adalah cara pengendalian makanan yang betul, keselamatan makanan, kebersihan diri, premis dan juga penyelengaraan serta tatacara pemakaian pengendali makanan yang betul.