TARIKH : 31 DISEMBER 2021
MASA : 11.00 PAGI
LOKASI : FACEBOOK PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA (PEDi) KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Facebook Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Tualang Sekah menggunakan Streamyard. Antara yang dipelajari ialah tentang kesihatan akaun di aplikasi Shopee.
AKTIVITI
Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Tualang Sekah iaitu Nordiyana Binti Khairudin telah mengajar cara bagaimana untuk berjual beli di laman web Shopee. Antara yang dipelajari adalah fungsi kesihatan akaun, sasaran prestasi kesihatan akaun Shopee, pengiraan mata penalti serta menjawab soalan daripada penonton.
TARIKH : 24 DISEMBER 2021
MASA : 3.00 PETANG
LOKASI : FACEBOOK PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA (PEDi) KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Facebook Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Tualang Sekah menggunakan Streamyard. Antara yang dipelajari ialah tentang kadar penghantaran lewat (LSR) di aplikasi Shopee.
AKTIVITI
Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Tualang Sekah iaitu Nordiyana Binti Khairudin telah mengajar cara bagaimana untuk berjual beli di laman web Shopee. Antara yang dipelajari adalah pengiraan kadar penghantaran lewat, metrik sistem Shopee, cara mengurangkan LSR serta menjawab soalan daripada penonton.
TARIKH : 13 - 22 DISEMBER 2021
MASA : 8.30 PAGI - 4.00 PETANG
LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi) KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Google Meet bersama guru-guru Pusat Genius@Pintar Negara, UKM. Pelajar, Aqil Hafeez Zaquan b. Rosli mengikuti kursus Pengenalan kepada Arkeologi.
AKTIVITI
Kursus ini berlangsung 5 jam sehari dari 13 hingga 22 Disember 2021. Kursus Pengenalan kepada Arkeologi memberi pendedahan dari segi teori, metodologi dan praktis. Pelajar mempelajari artifak, fosil dan contoh jenis sejarah purba yang terkenal dengan sejarah akeologinya iaitu Mesir Purba. Pelajar juga diajar supaya berfikir seperti seorang ahli arkeologi.
TARIKH : 14 DISEMBER 2021
MASA : 3.00 PETANG
LOKASI : FACEBOOK PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA (PEDi) KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Facebook Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Tualang Sekah menggunnakan Streamyard. Antara yang dipelajari ialah tentang kadar pesanan tidak dipenuhi (NFR) di aplikasi Shopee.
AKTIVITI
Pengurus Pusat Internet Kg Tualang Sekah iaitu Nordiyana Binti Khairudin telah mengajar cara bagaimana untuk berjual beli di laman web Shopee. Antara yang dipelajari adalah pengiraan kadar pesanan tidak dipenuhi, metrik sistem Shopee, cara mengurangkan NFR serta menjawab soalan daripada penonton.
TARIKH : 15 NOVEMBER 2021
MASA : 10.00 PAGI
LOKASI : FACEBOOK PUSAT INTERNET KG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Facebook Pusat Internet Komuniti Kampung Tualang Sekah. Antara yang dipelajari ialah cara tutorial memasukkan nombor muka surat di Microsoft Office : Word.
AKTIVITI
Penolong Pengurus Pusat Internet Kg Tualang Sekah iaitu Nur Ain Binti Md Razalay telah mengajar cara memasukkan nombor muka surat di Microsoft Office : Word. Antara yang dipelajari adalah cara membuat format muka surat menggunakan huruf roman dan bernombor, membuat 'page break' bagi helaian muka surat, cara melihat 'page break' di halaman 'outline view' , dan menutup nombor muka surat 'different first page'.