TARIKH : 18 FEBRUARI 2022
MASA : 3.00 PETANG
LOKASI : FACEBOOK PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA (PEDi) KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Facebook Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Tualang Sekah menggunakan Streamyard. Antara yang dipelajari ialah tentang Waktu Sesuai Pos Artikel Online di siri Live Mudahnya Berniaga Online.
AKTIVITI
Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Tualang Sekah iaitu Nordiyana Binti Khairudin telah memperkenalkan perniagaan online yang diusahakannya di platform Facebook dan Shopee. Antara yang dipelajari adalah ketahui target audiens, hari dan waktu yang sesuai untuk pos artikel serta menjawab soalan daripada penonton.
TARIKH : 14 FEBRUARI 2022
MASA : 10.00 PAGI - 1 PETANG
LOKASI : PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA (PEDi) BATU 14, LEKIR
PESERTA : 4 ORANG
TUJUAN
Seramai 4 peserta telah menyertai Kelas Teknik Menaikkan Jualan di Shopee yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Keluarga Malaysia Batu 14, Lekir.
AKTIVITI
Selama hampir 3 jam berlangsung, kelas ini mengajar teknik untuk menaikkan jualan di Shopee. Antara yang dipelajari adalah bagaimana untuk menggunakan Shopee Ads, Webchat, menggunakan Pusat Pemasaran Shopee untuk mempromosikan produk, tips-tips berkaitan dengan tajuk pembelajaran serta menjawab soalan daripada peserta.
TARIKH : 11 FEBRUARI 2022
MASA : 3.00 PETANG
LOKASI : FACEBOOK PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA (PEDi) KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Facebook Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Tualang Sekah menggunakan Streamyard. Antara yang dipelajari ialah tentang Cabaran Berniaga Online di siri Live Mudahnya Berniaga Online.
AKTIVITI
Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Tualang Sekah iaitu Nordiyana Binti Khairudin telah memperkenalkan perniagaan online yang diusahakannya di platform Facebook dan Shopee. Antara yang dipelajari adalah cabaran kos perniagaan, cabaran komunikasi interpersonal dan cabaran kemahiran ICT serta menjawab soalan daripada penonton.
TARIKH : 12 FEBRUARI 2022
MASA : 3.15 PETANG - 4.15 PETANG
LOKASI : PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA (PEDi) KAMPUNG TUALANG SEKAH
PESERTA : 1 ORANG
TUJUAN
Seorang pelajar Dahliya Zahran binti Rosli, 9 tahun (Tahun 3) telah menyertai PEDi E-Tuisyen : Program Intensif Istimewa bagi subjek Smart Math.
AKTIVITI
Pembelajaran yang diajar oleh Cikgu Fasihah secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Pembelajaran ini melibatkan gabungan di antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi) seluruh Malaysia. Sepanjang sejam kelas yang telah berlangsung, antara yang dipelajari adalah Matematik bab perpuluhan. Pada akhir sesi pembelajaran, pelajar menjawab kuiz/latihan yang telah diberikan.
TARIKH : 30 JANUARI 2022
MASA : 11.15 PAGI - 12.15 TENGAH HARI
LOKASI : PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA (PEDi) KAMPUNG TUALANG SEKAH
PESERTA : 1 ORANG
TUJUAN
Seorang pelajar Dahliya Zahran binti Rosli, 8 tahun (Tahun 2) telah menyertai PEDi E-Tuisyen : Program Intensif Istimewa bagi subjek Bahasa Inggeris Komunikasi.
AKTIVITI
Pembelajaran yang diajar oleh Cikgu Farhani secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Pembelajaran ini melibatkan gabungan di antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi) seluruh Malaysia. Sepanjang sejam kelas yang telah berlangsung, antara yang dipelajari adalah Bahasa Inggeris bab Verb & Non Verb. Pada akhir sesi pembelajaran, pelajar menjawab kuiz/latihan yang telah diberikan.