TARIKH : 31 DISEMBER 2021
MASA : 11.00 PAGI
LOKASI : FACEBOOK PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA (PEDi) KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Facebook Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Tualang Sekah menggunakan Streamyard. Antara yang dipelajari ialah tentang kesihatan akaun di aplikasi Shopee.
AKTIVITI
Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Tualang Sekah iaitu Nordiyana Binti Khairudin telah mengajar cara bagaimana untuk berjual beli di laman web Shopee. Antara yang dipelajari adalah fungsi kesihatan akaun, sasaran prestasi kesihatan akaun Shopee, pengiraan mata penalti serta menjawab soalan daripada penonton.