TARIKH : 12 NOVEMBER 2021
MASA : 9.30 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
LOKASI : BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET KOMUNITI KG TUALANG SEKAH
PESERTA : 4 ORANG
TUJUAN
Seramai 4 peserta telah menyertai Kursus Latihan Pengendalian Makanan yang dianjurkan oleh PIK Kg Tualang Sekah dengan kerjasama dari NZ Bunga Venture Training And Consultant. Kursus ini diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
AKTIVITI
Selama hampir 3 jam berlangsung, kursus ini merangkumi fungsi bagi mendapatkan sijil pengendali makanan. Antara yang dipelajari adalah kebersihan makanan, keselamatan makanan, faktor-faktor kritikal keracunan makanan serta kepentingannya. Turut diadakan juga kuiz melalui google forms yang telah disediakan oleh pihak NZ Bunga Venture.
TARIKH : 23 OKTOBER 2021
MASA : 11.00 PAGI
LOKASI : FACEBOOK PUSAT INTERNET KG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Facebook Pusat Internet Komuniti Kampung Tualang Sekah menggunnakan Streamyard. Antara yang dipelajari ialah tentang free shipping programmes di aplikasi Shopee.
AKTIVITI
Pengurus Pusat Internet Kg Tualang Sekah iaitu Nordiyana Binti Khairudin telah mengajar cara bagaimana untuk berjual beli di laman web Shopee. Antara yang dipelajari adalah cara untuk mendapatkan free shipping programmes bagi penjual, bagaimana fungsi penggunaan free shipping RM 40 dan cara penyertaan bagi program 10 peratus cashback dapat meningkatkan jualan peniaga.
TARIKH : 9 OKTOBER 2021
MASA : 11.00 PAGI
LOKASI : FACEBOOK PUSAT INTERNET KG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Facebook Pusat Internet Komuniti Kampung Tualang Sekah menggunnakan Streamyard. Antara yang dipelajari ialah tentang penjual pilihan (preferred seller) di aplikasi Shopee.
AKTIVITI
Pengurus Pusat Internet Kg Tualang Sekah iaitu Nordiyana Binti Khairudin telah mengajar cara bagaimana untuk berjual beli di laman web Shopee. Antara yang dipelajari adalah penilaian yang dibuat oleh pihak Shopee kepada penjual, kelebihan menjadi penjual pilihan, kriteria untuk menjadi penjual pilihan, akibat menjual produk tiruan serta menjawab soalan daripada penonton.
TARIKH : 17 OKTOBER 2021
MASA : 11.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
LOKASI : PUSAT INTERNET KOMUNITI KG TUALANG SEKAH
PESERTA : 2 ORANG
TUJUAN
Dua pelajar iaitu dari tahun 5 Mardiana Aqilah Husna Damia dan tingkatan 5 iaitu Nur Kaseh Binti Jasmimn telah menyertai PIK Rural E-Tuisyen . Antara subjek yang dipelajari adalah Matematik dan Bahasa Inggeris.
AKTIVITI
Pembelajaran yang diajar oleh Cikgu Faaiqah (Matematik) dan Cikgu Farhani (Bahasa Inggeris) secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Pembelajaran ini melibatkan gabungan di antara Pusat Internet seluruh Malaysia. Sepanjang sejam kelas yang telah berlangsung, antara yang dipelajari adalah Matematik bab Wang (penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian,gabungan) dan Bahasa Inggeris mengenai membuat karangan pendek (story : how to tackle the task). Pada akhir sesi pembelajaran, kedua-dua pelajar menjawab kuiz/latihan yang telah diberikan.
TARIKH : 5 OKTOBER 2021
MASA : 11.30 PAGI
LOKASI : FACEBOOK PUSAT INTERNET KG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Facebook Pusat Internet Komuniti Kampung Tualang Sekah. Antara yang dipelajari ialah cara tutorial membuat kata laluan di dokumen.
AKTIVITI
Penolong Pengurus Pusat Internet Kg Tualang Sekah iaitu Nur Ain Binti Md Razalay telah mengajar cara membuat kata laluan di dokumen Microsoft Office : Word. Antara yang dipelajari adalah fungsi membuat kata laluan di dokumen microsoft office iaitu di Word, Excel dan Powerpoint serta cara tutorial untuk setkan kata laluan tersebut.