TARIKH : 15 NOVEMBER 2021
MASA : 10.00 PAGI
LOKASI : FACEBOOK PUSAT INTERNET KG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Facebook Pusat Internet Komuniti Kampung Tualang Sekah. Antara yang dipelajari ialah cara tutorial memasukkan nombor muka surat di Microsoft Office : Word.
AKTIVITI
Penolong Pengurus Pusat Internet Kg Tualang Sekah iaitu Nur Ain Binti Md Razalay telah mengajar cara memasukkan nombor muka surat di Microsoft Office : Word. Antara yang dipelajari adalah cara membuat format muka surat menggunakan huruf roman dan bernombor, membuat 'page break' bagi helaian muka surat, cara melihat 'page break' di halaman 'outline view' , dan menutup nombor muka surat 'different first page'.