TARIKH : 08 JULAI 2024

MASA : 09.00 PAGI - 05.00 PETANG

LOKASI : NADI KAMPUNG DATO' AHMAD SAID TAMBAHAN 2

TUJUAN

Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Kg. Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, Ipoh telah dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, YB Mohd Azlan Helmi bin Helmi yang mewakili YAB Menteri Besar Perak; Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil; Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din dan wakil-wakil syarikat penyedia perkhidmatan.
 

AKTIVITI

Pelancaran perkhidmatan ini bukan sahaja akan memberi nilai tambah kepada kesejahteraan masyarakat setempat bahkan membantu meningkatkan taraf hidup. Dengan lima teras utama iaitu Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran dan Inisiatif Kerajaan, NADI berhasrat untuk memperkasa komuniti dan memastikan capaian serta peluang yang sama rata untuk semua.