TARIKH : 21 JANUARI 2023
MASA : 10.00 PAGI - 01.00 PETANG
LOKASI : PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Bengkel sebegini sangat sesuai bagi yang nak belajar secara berkumpulan mahupun individu. Kami boleh ajar cara untuk tingkatkan jualan perniagaan Shopee dan uruskan pesanan.
AKTIVITI
Fokus pembelajaran Kelas Asas Shopee adalah Pendaftaran Kedai Shopee, Membina Profil Kedai, Menambah Produk, Tetapan Penghantaran, Tips Gambar Shopee dan Deskripsi serta Pusat Pemasaran Shopee.
TARIKH : 15 JANUARI 2023
MASA : 10.00 PAGI - 01.30 PETANG
LOKASI : PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Kursus SLPM merupakan kursus wajib daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua pengendali makanan yang terlibat dalam semua aspek penyediaan, penyimpanan dan penyediaan makanan.
AKTIVITI
Kebanyakkan yang hadir ke kursus ini merupakan pengusaha makanan dari rumah dan kantin. 6 peserta hadir pada kursus kali ini. Antara pelajaran yang ada dalam program ini adalah cara pengendalian makanan yang betul, keselamatan makanan, kebersihan diri, premis dan juga penyelengaraan serta tatacara pemakaian pengendali makanan yang betul.
TARIKH : 18 DISEMBER 2022
MASA : 10.00 PAGI HINGGA 03.00 PETANG
LOKASI : PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Kem ICT Cuti Sekolah (Pelajar Sekolah Menengah) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah dijalankan untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak komuniti sekitar dengan ilmu, pengalaman serta bertemu rakan baharu.
AKTIVITI
Slot aktiviti adalah Tayangan Video Klik Dengan Bijak, Quizizz KDB, Asas ICT, Pengenalan kepada Komputer, Internet dan Teknik Menaip Dengan Betul. Slot 3 adalah slot It's Coding Time! Pelajar mengikuti kursus pendek mereka coding permainan animasi Flappy Bird. Pelajar harus melengkapkan kursus sehingga menjadi permainan Flappy Bird yang lengkap sehingga boleh dimainkan. Slot 4 pula adalah Quizizz Matematik Pantas. Pelajar bertungkus lumus menjawab 20 soalan matematik mudah. Slot 5 : Webcam & Resume. Pelajar diberi masa selama 45 minit untuk menyiapkan tugasan resume. Selepas menyiapkan resume, pelajar bermain permainan Mathematics Simulatior Game. Masing-masing mengejar point paling tinggi. Point tertinggi sebanyak 2023 point.
TARIKH : 22 DISEMBER 2022
MASA : 10.00 PAGI HINGGA 03.00 PETANG
LOKASI : PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Kem ICT Cuti Sekolah (Pelajar Sekolah Rendah) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah dijalankan untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak komuniti sekitar dengan ilmu, pengalaman serta bertemu rakan baharu.
AKTIVITI
Slot aktiviti adalah Tayangan Video Klik Dengan Bijak, Kuiz Spontan KDB, Asas ICT, Pengenalan kepada Komputer, Internet dan Teknik Menaip Dengan Betul. Beberapa pelajar sudah mula membiasakan diri denagn menaip secara pantas iaitu lebih kurang 25 WPM (word per minutes). Sebelum rehat, pelajar diajar cara-cara membina ayat mudah dalam Bahasa Inggeris di dalam slot Bsic Sentence. Pelajar juga membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan.
TARIKH : 17 DISEMBER 2022