TARIKH : 12 OGOS 2023

MASA : 03.00 PETANG - 05.00 PETANG

LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Pertandingan Mewarna Kemerdekaan PEDi Kampung Tualang Sekah dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 15 orang pelajar yang sertai pertandingan kali ini.

AKTIVITI

Pertandingan mewarna diadakan sempana sambutan hari kemerdekaan yang bakal tiba 31 Ogos 2023 ini. Ia juga untuk mengisi masa lapang pelajar komuniti setempat dengan aktiviti bermanfaat serta mempromosikan pedi kepada komuniti setempat. Tahniah kepada semua peserta yang sertai pertandingan kali ini.

GAMBAR DISINI

TARIKH : 09 OGOS 2023

MASA : 10.00 PAGI - 11.30 PAGI

LOKASI : APLIKASI ZOOM

TUJUAN

Program ini dibawakan kepada anda oleh Microsoft, Biji-biji Initiative dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi).
 

AKTIVITI

Program ini percuma dan e-Sijil diberikan. Sesuai untuk semua golongan termasuk yang tiada kemahiran komputer/Microsoft. Menaikkan peluang kerjaya atau tingkatkan produktiviti bisnes. Boleh menetapkan jadual pembelajaran sendiri. Berpeluang untuk memenangi RM100 tunai (terhad kepada 20 pemenang sebulan) dan laptop Microsoft Surface (terhad).

GAMBAR DISINI

TARIKH : 15 JULAI 2023

MASA : 10.00 PAGI - 01.30 PETANG

LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Kursus SLPM merupakan kursus wajib daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua pengendali makanan yang terlibat dalam semua aspek penyediaan, penyimpanan dan penyediaan makanan.

AKTIVITI

Antara pelajaran yang ada dalam program ini adalah cara pengendalian makanan yang betul, keselamatan makanan, kebersihan diri, premis dan juga penyelengaraan serta tatacara pemakaian pengendali makanan yang betul.

GAMBAR DISINI

TARIKH : 16 JULAI 2023

MASA : 10.00 PAGI - 05.00 PETANG

LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Telah berlansungnya program Bengkel Asas Microsoft Office kepada pelajar Tahun 4, 5 dan 6. Ia dianjurkan untuk memenuhi aktiviti hujung minggu dengan menambah ilmu dan skil asas kepada pelajar sekitar.

AKTIVITI

Bengkel Asas Microsoft Word bermula 10.30 pagi. Pelajar mempelajari cara-cara meletakkan jari dan kenali huruf di papan kekunci. Pelajar turut diberi contoh video cara menaip dengan pantas. Aktiviti 2, pelajar diberi latihan dan tugasan menaip surat rasmi menggunakan aplikasi Microsoft Word. Aktiviti 3, pelajar diberi latihan dan tugasan membuat slaid persembahan Keluarga Saya (SmartArt Design) menggunakan aplikasi Microsoft Power Point. ktiviti 4 dan terakhir, pelajar diberi latihan dan tugasan mereka poster Hari Jadi menggunakan aplikasi Microsoft Publisher.

GAMBAR DISINI

TARIKH : 15 JULAI 2023

MASA : 09.00 PAGI - 10.00 PAGI

LOKASI : DALAM TALIAN

TUJUAN

Telah berlangsung Kuiz Kecekapan Tenaga Sekolah Rendah Tahun 2023 sempena Festival Teknologi Hijau & STEM Biodiversiti Peringkat Kebangsaan secara dalam talian. Program ini dianjurkan oleh Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS, Universiti Sains Malaysia, Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK).

AKTIVITI

Kuiz Kecekapan Tenaga Sekolah Rendah Tahun 2023 ini terbuka kepada pelajar Tahun 4, 5 dan 6. 40 soalan kuiz berbentuk objektif dan perlu dijawab dalam tempoh 60 minit.

GAMBAR DISINI