TARIKH : 11 NOVEMBER 2022

MASA : 10.30 PAGI - 11.30 PAGI

LOKASI : MICROSOFT TEAMS MEETING

 

TUJUAN

Sembang santai bersama sukarelawan MIV dan juga ahli sukarelawan daripada PEDi Kg Tualang Sekah.

AKTIVITI

Perbincang santai mengenai aktiviti sukarelawan ICT yang telah dijalankan, perbincangan mengenai masalah yang timbul serta cadangan penambahbaikan program MIV untuk akan datang.

 

TARIKH : 03 NOVEMBER 2022

MASA : 09.00 PAGI - 01.00 PETANG

LOKASI : PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA KAMPUNG TUALANG SEKAH

TUJUAN

Kursus Sistem Pengurusan Masjid Negeri Perak (eMasjid) anjuran Jabatan Pentadbiran Agama Islam Daerah Kampar di PEDi Kampung Tualang Sekah. Kursus ini akan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

AKTIVITI

Kursus ini memberi pengkhususan untuk Bendahari Masjid-Masjid Daerah Kampar untuk mengisi maklumat bank, laporan kewangan dan laporan pengurusan masjid.

 

TARIKH : 28 OKTOBER 2022

MASA : 08.00 PAGI - 05.00 PETANG

LOKASI : DEWAN BANQUET, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK, IPOH 

 

TUJUAN

Petugas PEDi Kampung Tualang Sekah bersama rakan petugas PEDi Kluster Kinta telah menghadiri Program Forum dan Bengkel Hak-Hak Wanita Dalam Perundangan Islam semalam, 28 Oktober 2022 (Jumaat) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini berlangsung di Dewan Banquet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Ipoh.

AKTIVITI

Antara yang menarik di program ini ialah Forum Wanita Mampu Milik : Apa Hak Anda dan Sesi Klinik Guaman Syarie percuma.

 
 

TARIKH : 30 OKTOBER 2022

MASA : 3.00 PETANG

LOKASI : FACEBOOK PAGE PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA KAMPUNG TUALANG SEKAH

 

TUJUAN

Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kampung Tualang Sekah menggunakan Streamyard. Antara yang dipelajari ialah tentang Reka 'Hollow Text' di siri Live Grafik Gempak Canva.

AKTIVITI

Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Tualang Sekah iaitu Nordiyana Binti Khairudin telah mengajar cara reka bentuk grafik mudah dengan menggunakan aplikasi Canva. Antara yang dipelajari adalah cara mendaftar akaun Canva, cara untuk carian dan pemilihan bentuk yang bersesuaian, mengedit 'font combination', menambahkan elemen seperti gambar dan warna, serta menjawab soalan daripada penonton.

GAMBAR DISINI

TARIKH : 21 OKTOBER - 23 OKTOBER 2022

MASA : 04.00 PETANG - 10.00 MALAM

LOKASI : BULATAN SULTAN AZLAN SHAH, IPOH

 

TUJUAN

Program Riuh Benor di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh yang merupakan platform bagi menghubungkan komuniti kreatif dan penggiat seni dengan masyarakat setempat, antara usaha untuk memperkasa industri kreatif tempatan melalui kesedaran awam dan impak sosial.

AKTIVITI

Petugas PEDi Kluster Kinta turut ditugaskan menjaga reruai PEDi di sini. Kami mengadakan pelbagai aktiviti dan kuiz bagi pengunjung yang hadir.