TARIKH : 27 OGOS 2023
MASA : 02.00 PETANG - 05.00 PETANG
LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Telah berlangsung Bengkel Kecantikan dan Keusahawanan di PEDi Kampung Tualang Sekah. Seramai 8 peserta wanita yang menyertai bengkel kali ini. Bengkel ini diajar oleh Puan Azie, Mary Kay Beauty Consultant.
AKTIVITI
Fokus pembelajaran bengkel ini adalah tips penjagaan kulit sihat, langkah penjagaan wajah, teknik mencuci muka dengan betul, tips pemilihan produk yang bersesuaian, mengenali barangan kosmetik serta kandungan dan tips merias wajah. Tidak ketinggalan, peserta berpeluang mencuba dalam sesi praktikal penggunaan produk kecantikan Mary Kay.
TARIKH : 26 OGOS 2023
MASA : 03.00 PETANG - 05.00 PETANG
LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Telah berlansungnya projem STEM : Project Balloon Car bersama pelajar-pelajar sekitar kawasan di sini. Ini dijalankan untuk mengisi masa lapang pelajar-pelajar dengan aktiviti cuti sekolah yang bermanfaat.
AKTIVITI
Fokus pengajaran adalah cara-cara membina Balloon Car dengan menggunakan bahan kitar semula, aktiviti ini merupakan cara terbaik untuk mempraktikkan proses reka bentuk kejuruteraan dan juga memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai ilmu Sains.
TARIKH : 18 OGOS 2023
MASA : 03.00 PETANG - 05.00 PETANG
LOKASI : SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT AL-KHAIRIAH KUALA DIPANG
TUJUAN
Program Klik Dengan Bijak telah dijalankan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Khairiah, Kuala Dipang dengan sebanyak 95 pelajar dan 5 orang guru bersama -sama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah.
AKTIVITI
Fokus pengajaran adalah Pengenalan kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah, Klik Dengan Bijak (Internet Selamat atau Tidak?) dan kuiz mengenai keselamatan dalam talian.
TARIKH : 20 OGOS 2023
MASA : 09.00 PETANG - 05.00 PETANG
LOKASI : PEJABAT UMNO BAHAGIAN KAMPAR
TUJUAN
Kursus ini dijalankan atas permintaan oleh Pejabat UNMO Bahagian Kampar untuk membantu komuniti setempat dalam memasarkan perniagaan mereka dengan lebih meluas secara dalam talian. Terdapat dua sesi kelas iaitu disebelah pagi dan petang dan seramai 30 peserta telah hadir.
AKTIVITI
Kursus ini memperkenalkan perniagaan online yang diusahakannya di platform Shopee. Antara yang dipelajari adalah Pengenalan Kepada Shopee, Seller Centre, Cara Menambah Produk Baru, Kenali Pusat Pemasaran, Bahagian Kewangan dan Proses Pulangan dan Bayaran Balik serta menjawab soalan daripada peserta.
TARIKH : 09 - 10 OGOS 2023
MASA : 10.00 PAGI - 06.00 PETANG
LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Suruhanyaja Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melantik Merdeka Strategic Development Centre Sdn. Bhd. (Merdeka Centre) untuk melaksanakan Kajian Keperluan Pengguna dan Penilaian Impak PEDi bertempat di PEDi Kampung Tualang Sekah.
AKTIVITI
Kajian ini bertujuan untuk mengumpul maklum balas dari komuniti berdasarkan pengalaman sebagai pengguna dan peserta program yang dianjurkan oleh PEDi. Diharapkan kajian ini dapat membantu pihak MCMC mengenal pasti kekuatan, peluang, dan bidang yang perlu ditingkatkan bagi memastikan PEDi dapat menawarkan perkhidmatan berkesan kepada komuniti.