TARIKH : 22 DISEMBER 2022

MASA : 10.00 PAGI HINGGA 03.00 PETANG

LOKASI : PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA KAMPUNG TUALANG SEKAH

 

TUJUAN

Kem ICT Cuti Sekolah (Pelajar Sekolah Rendah) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah dijalankan untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak komuniti sekitar dengan ilmu, pengalaman serta bertemu rakan baharu.

AKTIVITI

Slot aktiviti adalah Tayangan Video Klik Dengan Bijak, Kuiz Spontan KDB, Asas ICT, Pengenalan kepada Komputer, Internet dan Teknik Menaip Dengan Betul. Beberapa pelajar sudah mula membiasakan diri denagn menaip secara pantas iaitu lebih kurang 25 WPM (word per minutes). Sebelum rehat, pelajar diajar cara-cara membina ayat mudah dalam Bahasa Inggeris di dalam slot Bsic Sentence. Pelajar juga membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan.

GAMBAR DISINI