TARIKH : 9 FEBRUARI 2019
MASA : 11.00 PAGI - 1.00 PETANG DAN 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
LOKASI : PUSAT INTERNET KG TUALANG SEKAH
PESERTA : 4 ORANG
TUJUAN
Seramai 4 pelajar telah mengikuti kelas bimbingan yang dibantu oleh petugas pusat internet. Terdapat dua sesi pada pembelajaran ini iaitu sesi pagi bersama adik Ain, Rania dan Aleesya (tahun 2) dan sesi petang bersama adik Farhan (tahun 6).
AKTIVITI
Pada sesi pagi pelajar telah mempelajari dua subjek iaitu Matematik (Number up to 1000) dan Sains (Science process skills and Manipulative skills). Bagi sesi petang pula pelajar telah mempelajari dua subjek iaitu Matematik (Nombor dan operasi) dan Bahasa Inggeris (Grammar and vocabulary , Social expression , Reading comprehension).
TARIKH : 20 JANUARI 2019
MASA : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG
LOKASI : PUSAT INTERNET KG TUALANG SEKAH
PESERTA : 32 ORANG
TUJUAN
Seramai 32 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dan golongan dewasa telah menyertai Program Jom Sihat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pemeriksaan Kesihatan dari KKM Malim Nawar , Ceramah Kesihatan , Kuiz Kesihatan Kahoot serta pertandingan Sandwich Sihat.
AKTIVITI
Peserta telah mengikuti semua acara yang telah berlangsung, Pemeriksaan kesihatan dari petugas KKM Malim Nawar telah membuat cek ketinggian, berat (BMI) dan tekanan darah. Ceramah Kesihatan berkenaan sakit sendi telah diberikan oleh Doktor Norhafizah Pegawai Perubatan KKM Malim Nawar. Kuiz kesihatan yang mengandungi 25 soalan berkenaan kesihatan tubuh badan manusia menggunakan aplikasi Kahoot. Pertandingan Sandwich sihat yang disertai oleh golongan dewasa yang telah diadili oleh Petugas Perubatan KKM Malim Nawar. Pemberian hadiah kepada pemenang serta cenderahati kepada Pengerusi MPKK telah diberikan atas kerjasama bagi menjayakan program yang telah dijalankan.
TARIKH : 13 JANUARI 2019
MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
LOKASI : BILIK KURSUS PUSAT INTERNET
PESERTA : 7 ORANG
TUJUAN
Seramai 7 peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 6 dan tingkatan 1 telah menyertai pertandingan Dashboard Komuniti, Info Kesihatan Paling Menarik (MyKouniti) dan Lokasi Kesihatan (MyPlace).
AKTIVITI
Peserta perlu mencari dan membuat hebahan tentang info kesihatan yang menarik dan unik bagi modul MyKomuniti serta Membuat Lokasi kesihatan yang terdapat di sekitar Kampung Tualang Sekah di MyPlace.
TARIKH : 19 JANUARI 2019
MASA : 8.00 PAGI - 11.30 PAGI
LOKASI : PUSAT INTERNET KG TUALANG SEKAH
PESERTA : 100 ORANG
TUJUAN
Seramai 100 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dan golongan dewasa telah menyertai Program Jom Sihat iaitu acara Larian 10,000 Langkah serta Pemeriksaan Kesihatan menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti iaitu MyHealth.
AKTIVITI
Peserta telah membuat larian yang telah ditetapkan iaitu sejauh 3 kilometer mengelilingi Kampung Tualang Sekah. Selepas itu peserta dapat membuat pemeriksaan kesihatan iaitu pemeriksaan tekanan darah dan glukosa yang turut dibantu oleh Abdul Rahim, Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kampar.
TARIKH : 12 JANUARI 2019
MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
LOKASI : RUANG LEGAR PUSAT INTERNET
PESERTA : 12 ORANG
TUJUAN
Seramai 12 pelajar telah mengikuti pertandingan mewarna bagi tahap satu sekolah rendah dari darjah 1 sehingga darjah 3.
AKTIVITI
Bersempena dengan Program Jom Sihat yang bakal berlangsung Pusat Internet telah membuat pertandingan mewarna yang bertajuk Gigi Sihat, Senyuman Menawan. Tahniah kepada pemenang-pemenang.