TARIKH : 3 OGOS 2019
MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
LOKASI : BILIK KURSUS PUSAT INTERNET
PESERTA : 2 ORANG
TUJUAN
Seramai 2 orang pelajar iaitu Puan Zarina dan Cik Fadzilah dari Staf DPK Kampar telah mengikuti kelas asas microsoft word.
AKTIVITI
Pelajar diajar cara asas untuk menaip , cara untuk menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat pada papan kekunci. Pelajar diberi tugasan untuk menaip karangan mengenai Kampung Tualang Sekah dan diajar cara untuk membuat jadual tugasan sekolah.
TARIKH : 28 JULAI 2019
MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
LOKASI : BILIK KURSUS PUSAT INTERNET
PESERTA : 10 ORANG
TUJUAN
Seramai 10 orang pelajar dari SRITI Nurul Jannah, Batu Karang Kampar telah mengikuti kelas menggunakan aplikasi Movie Maker. Pelajar di ajar cara mengedit video tempat-tempat menarik di Perak.
AKTIVITI
Pada sesi kali ini pelajar diberi tugasan untuk mencari maklumat tempat menarik di setiap daerah di Perak dan mereka mempelajari cara untuk memasukkan gambar (edit durasi masa), lagu, membuat visual effect ,memasukkan ayat, menukarkan bentuk perkataan, warna perkataan dan mengedit setiap gambar menggunakan transition animasi yang telah tersedia.
TARIKH : 19 JULAI 2019
MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
LOKASI : BILIK KURSUS PUSAT INTERNET
PESERTA : 14 ORANG
TUJUAN
Seramai 14 pelajar telah mengikuti kelas tayangan video dokumentari Bahasa Melayu : Kompang
AKTIVITI
Pelajar menyertai tayangan dokumentari tentang pembuatan kompang dan persembahan yang berdurasi selasa sejam dan setelah selesai, para pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan berkaitan alatan muzik menggunakan aplikasi Kahoot.
TARIKH : 27 JULAI 2019
MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
LOKASI : BILIK KURSUS PUSAT INTERNET
PESERTA : 12 ORANG
TUJUAN
Seramai 12 pelajar dari SRITI Nurul Jannah, Batu karang Kampar telah mengikuti kelas Asas Perkakasan Komputer dan Sistem Operasi.
AKTIVITI
Antara aktviti yang berlangsung ialah para pelajar dipelajari jenis-jenis perkakasan dan fungsi penggunaan serta sistem operasi komputer. Pelajar juga turut diberikan aktiviti melabel, padanan fungsi-fungsi perkakasan beserta dengan kuiz e-pembelajaran menggunakan Kahoot.
TARIKH : 14 JULAI 2019
MASA : 10.00 PAGI - 1.00 PETANG DAN 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
LOKASI : RUANG LEGAR PUSAT INTERNET
PESERTA : 4 ORANG
TUJUAN
Seramai 4 pelajar telah mengikuti kelas bimbingan yang dibantu oleh petugas pusat internet. Terdapat dua sesi pada pembelajaran ini iaitu sesi pagi bersama adik Ain Munirah dan Qistina (tahun 6) , sesi petang pula bersama adik Famy dan Haziq (tahun 5)
AKTIVITI
Pada sesi pagi pelajar telah mempelajari dua subjek iaitu Matematik dan juga Sains (Planet). Bagi sesi petang pula pelajar telah mempelajari subjek Matematik (Peratus) dan Bahasa Inggeris (Comprehension : linear text).