TARIKH : 28 MAC 2019
MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
LOKASI : BILIK KURSUS PUSAT INTERNET
PESERTA : 7 ORANG
TUJUAN
Seramai 7 pelajar telah mengikuti kelas tayangan video animasi Bahasa Inggeris : Ralphs Breaks The Internet.
AKTIVITI
Pelajar menyertai tayangan Bahasa Inggeris yang berdurasi selasa sejam setengah dan setelah selesai, para pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan berdasarkan tayangan yang telah ditonton.
TARIKH : 24 MAC 2019
MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
LOKASI : BILIK KURSUS PUSAT INTERNET
PESERTA : 4 ORANG
TUJUAN
Seramai 4 orang pelajar telah mengikuti kelas asas membuat video aplikasi Movie Maker (tempat-tempat menarik di Perak).
AKTIVITI
Pada sesi kali ini adik-adik mempelajari cara untuk memasukkan gambar (gambar-gambar tempat pelancongan di Perak) dan lagu ke dalam Movie Maker, membuat ayat pada setiap gambar yang tertera serta animasi transition bagi setiap yang bergambar dan bertulis.
TARIKH : 9 MAC 2019
MASA : 8.30 PAGI - 4.00 PETANG
LOKASI : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENTOSA
TUJUAN
Petugas dari Pusat Internet Kampung Tualang Sekah yang turut dibantu oleh petugas dari Pusat Internet Dato Ahmad Said Tambahan 2 telah membuka pameran di Sekolah Menengah Kebangsaan Sentosa Kampar. Pengunjung adalah terdiri daripada para pelajar, guru-guru serta ibu bapa.
AKTIVITI
Perasmian majlis telah dirasmikan oleh YB Thomas Su. Antara aktiviti yang telah dijalankan dipameran adalah pop kuiz klik dengan bijak, teka button KDB, word search (teknologi) dan penerangan tentang cara pelupusan e-waste.
TARIKH : 17 MAC 2019
MASA : 12.00 TENGAH HARI - 1.00 PETANG
LOKASI : BILIK KURSUS PUSAT INTERNET
PESERTA : 1 ORANG
TUJUAN
Seramai seorang pelajar iaitu adik Nur Dayana telah mengikuti kelas menggunakan aplikasi Movie Maker.
AKTIVITI
Pada sesi kali ini adik Dayana mempelajari cara untuk menyimpan gambar dan lagu dari laman web google.com untuk dimasukkan dalam Movie Maker. Selepas itu di ajar cara memasukkan gambar dan lagu ke dalam Movie Maker, membuat ayat (point) , animasi transition bagi setiap yang bergambar dan bertulis dan akhir sekali cara untuk memasukkan video yang telah siap ke dalam cakera padat (burn disk).
TARIKH : 6 MAC 2019
MASA : 8.30 PAGI - 10.0 PAGI
LOKASI : KOMPLEKS RAKAN MUDA KAMPAR
PESERTA : 60 ORANG
TUJUAN
Seramai 60 pelajar yang terdiri daripada tingkatan 3 sehingga tingkatan 6 (gabungan pelajar seluruh negeri Perak) telah menyertai Ceramah Jenayah Siber di Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku di Kompleks Rakan Muda daerah Kampar.
AKTIVITI
Ceramah Klik Dengan Bijak yang telah di berikan oleh petugas dari Pusat Internet Kampung Tualang sekah serta Pusat Internet Kampung Pengkalan Baru. Antara modul yang telah disampaikan adalah tentang Pengenalan Internet, Maklumat Palsu, Buli Siber dan Online Grooming. Aktiviti sampingan yang turut dijalankan adalah kuiz.