TARIKH : 20 JANUARI 2019

MASA : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG

LOKASI : PUSAT INTERNET KG TUALANG SEKAH

PESERTA : 32 ORANG

 

 

TUJUAN

Seramai 32 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dan golongan dewasa telah menyertai Program Jom Sihat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pemeriksaan Kesihatan dari KKM Malim Nawar , Ceramah Kesihatan , Kuiz Kesihatan Kahoot serta pertandingan Sandwich Sihat.

AKTIVITI

Peserta telah mengikuti semua acara yang telah berlangsung, Pemeriksaan kesihatan dari petugas KKM Malim Nawar telah membuat cek ketinggian, berat (BMI) dan tekanan darah. Ceramah Kesihatan berkenaan sakit sendi telah diberikan oleh Doktor Norhafizah Pegawai Perubatan KKM Malim Nawar. Kuiz kesihatan yang mengandungi 25 soalan berkenaan kesihatan tubuh badan manusia menggunakan aplikasi Kahoot. Pertandingan Sandwich sihat yang disertai oleh golongan dewasa yang telah diadili oleh Petugas Perubatan KKM Malim Nawar. Pemberian hadiah kepada pemenang serta cenderahati kepada Pengerusi MPKK telah diberikan atas kerjasama bagi menjayakan program yang telah dijalankan.

GAMBAR DI SINI