TARIKH :  13 DISEMBER 2019

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI : BILIK KURSUS PUSAT INTERNET

PESERTA :  6 ORANG

 

 

TUJUAN

Seramai 6 pelajar telah mengikuti kelas e-pembelajaran menggunakan aplikasi Kahoot.

AKTIVITI

Pelajar menyertai kelas e-pembelajaran menggunakan aplikasi Kahoot yang dikendalikan oleh petugas pusat internet. Antara soalan yang ada ialah asas perkakasan komputer, advokasi Klik Dengan Bijak (buli siber), pengetahuan am dan atlet sukan.

GAMBAR DI SINI

 

TARIKH :  12 DISEMBER 2019

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI : BILIK KURSUS PUSAT INTERNET

PESERTA :  7 ORANG

 

 

TUJUAN

Seramai 7 pelajar telah mengikuti kelas tayangan video animasi Bahasa Inggeris iaitu The Angry Birds Movie 2.

AKTIVITI

Pelajar menyertai tayangan yang berdurasi selasa sejam setengah dan setelah selesai pelajar akan menjawab soalan yang berkaitan dengan cerita terbabit untuk mengetahui pemahaman mereka sepanjang tayangan itu berlangsung.

GAMBAR DI SINI

 

TARIKH : 24  NOVEMBER 2019

MASA : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG

LOKASI : PUSAT INTERNET KAMPUNG TUALANG SEKAH

PESERTA :  50 ORANG

 

 

TUJUAN

Seramai 50 peserta telah menyertai Program Lestari Ict dan Cakna Kesihatan bagi tahun 2019 yang bertempat di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah.

AKTIVITI

Antara aktiviti yang berlangsung ialah Berus Gigi Beramai-ramai, Tayangan Video Kesihatan, Pertandingan Kuiz Kesihatan, Pertandingan Mengarang Artikel (Pusat Internet Di Hatiku), Pertandingan Bento Kesihatan, Pertandingan Beyblade dan pemberian hadiah kepada pemenang. Perasmian program juga telah dirasmikan oleh Haji Muhammad Yusuf Bin Alang Ahmad (Ahli Majlis Daerah Kampar).

GAMBAR DI SINI

 

 

 

TARIKH :  11 DISEMBER 2019

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI : RUANG LEGAR PUSAT INTERNET

PESERTA :  15 ORANG

 

 

 

TUJUAN

Bersempena dengan cuti sekolah, Seramai 15 peserta telah menyertai pertandingan mewarna yang telah dianjurkan oleh pusat internet. Tajuk bagi pertandingan kali ini adalah Riang Ria Cuti Sekolah.

AKTIVITI

Peserta yang terdiri daripada umur enam sehingga sembilan tahun, diberikan masa selama sejam empat puluh lima minit bagi menyiapkan mewarna lukisan yang telah disediakan. Kesemua peserta diberikan hadiah daripada petugas pusat internet.

GAMBAR DI SINI

 

TARIKH : 23  NOVEMBER 2019

MASA : 8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

LOKASI : PUSAT INTERNET KAMPUNG TUALANG SEKAH

PESERTA :  87 ORANG

 

 

 

TUJUAN

Seramai 87 peserta telah menyertai Program Lestari Ict dan Cakna Kesihatan iaitu aktiviti Larian 10000 Langkah yang bertempat di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah

AKTIVITI

Peserta dibahagiakan kepada 3 kategori iaitu kanak-kanak, remaja (13 tahun - 20 tahun) dan dewasa (21 tahun ke atas). Peserta perlu membuat larian sepanjang 3 kilometer iaitu bermula dari Pusat Internet mengelilingi Kampung Tualang Sekah dan Taman Bina Jaya, seterusnya menamatkan larian kembali di Pusat Internet. 

GAMBAR DI SINI