TARIKH : 15 FEBRUARI 2020
MASA : 9.00 PAGI - 4.00 PETANG
LOKASI : RUANG LEGAR PUSAT INTERNET
PESERTA : 11 ORANG
TUJUAN
Seramai 11 pelajar sekolah rendah yang terdiri pada tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 telah mengikuti kelas bimbingan yang dikendalikan oleh petugas pusat internet.
AKTIVITI
Pelajar mempelajari, Tahun 1 : Science (Scientific skills and Science room rules) , Tahun 2 : Bahasa Inggeris (What day is today ? and home sweet home) , Tahun 3 : Matematik (Number) , Sains (Science process skills), Tahun 4 : Bahasa Inggeris (Grammar) , Tahun 5 : Sains (Scientific skills) dan Tahun 6 : Matematik (Nombor bulat dan operasi) , Bahasa Inggeris (Grammar, simile, proverb, close passage, text completion).
TARIKH : 15 FEBRUARI 2020
MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
LOKASI : BILIK KURSUS PUSAT INTERNET
PESERTA : 15 ORANG
TUJUAN
Seramai 8 pelajar telah mengikuti kelas tayangan video animasi Bahasa Inggeris iaitu Toy Story 4.
AKTIVITI
Pelajar menyertai tayangan yang berdurasi selasa sejam empat puluh minit dan setelah selesai pelajar akan menjawab soalan yang berkaitan dengan cerita terbabit untuk mengetahui pemahaman mereka sepanjang tayangan itu berlangsung.
TARIKH : 9 FEBRUARI 2020
MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG
LOKASI : RUANG LEGAR PUSAT INTERNET
PESERTA : 2 ORANG
TUJUAN
Seramai 2 pelajar sekolah menengah telah mengikuti kelas asas emel, cara menggunakan Gmail.
AKTIVITI
Pelajar sekolah tingkatan 2 ini diajar dari permulaan cara untuk mendaftar emel (Gmail). Pelajar ini juga ditugaskan untuk menghantar tugasan kepada guru mereka, jadi petugas pusat internet mengajar cara untuk 'upload' dokumen yang perlu dihantar.
TARIKH : 15 FEBRUARI 2020
MASA : 10.00 PAGI - 1.00 PETANG
LOKASI : BILIK KURSUS PUSAT INTERNET
PESERTA : 22 ORANG
TUJUAN
Seramai 22 peserta telah mengikuti kursus latihan pengendali makanan anjuran Sekolah Latihan Pengendali Makanan Sikap Intan.
AKTIVITI
Kursus ini merupakan kursus wajib kepada pengusaha dan pembantu premis makanan dan mendapat sijil yang disahkan / di iktiraf dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengusaha makanan mempelajari cara mengendali makanan dengan cara yang betul.
TARIKH : 24 JANUARI 2020
MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
LOKASI : BILIK KURSUS PUSAT INTERNET
PESERTA : 5 ORANG
TUJUAN
Seramai 5 pelajar telah mengikuti kelas e-pembelajaran menggunakan aplikasi MindGames.
AKTIVITI
Pelajar menyertai kelas e-pembelajaran menggunakan aplikasi MindGames yang dikendalikan oleh petugas pusat internet. Antara aktiviti yang dimainkan adalah memori games (memadankan gambar yang sama) dan word search (mencari perkataan).