TARIKH :  23 JANUARI 2020

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI : BILIK KURSUS PUSAT INTERNET

PESERTA :  8 ORANG

 

 

 

 

TUJUAN

Seramai 8 pelajar telah mengikuti kelas tayangan video animasi Bahasa Inggeris iaitu The Lego Movie 2 : The Second Part.

AKTIVITI

Pelajar menyertai tayangan yang berdurasi selasa sejam setengah dan setelah selesai pelajar akan menjawab soalan yang berkaitan dengan cerita terbabit untuk mengetahui pemahaman mereka sepanjang tayangan itu berlangsung.

GAMBAR DI SINI

 

TARIKH :  13 JANUARI 2020

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI : BILIK KURSUS PUSAT INTERNET

PESERTA :  6 ORANG

 

 

 

TUJUAN

Seramai 6 pelajar telah mengikuti kelas asas pengaturcaraan versi permainan Minecraft.

AKTIVITI

Pelajar menyertai kelas asas pengaturcaraan menggunakan aplikasi online code.org yang dikendalikan oleh petugas pusat internet. Pelajar diajar cara menggunakan koding yang ringkas iaitu cara pergerakan objek ke target yang ingin ditujui dan diberikan tugasan untuk menyelesaikan semua aktiviti yang telah diberikan.

GAMBAR DI SINI

 

TARIKH :  30 DISEMBER 2019

MASA : 5.00 PETANG - 6.00 PETANG

LOKASI : RUANG LEGAR PUSAT INTERNET

 

 

 

TUJUAN

Program Back To School merupakan salah satu inisiatif daripada kerajaan untuk memberikan sumbangan peralatan persekolahan bagi para pelajar.

AKTIVITI

15 para pelajar yang terdiri daripada penduduk Kampung Tualang Sekah telah mendapat bantuan sumbangan persekolahan dari Ahli Parlimen Kampar, YB Thomas Su. Turut dibantu bagi sama-sama menjayakan program ini adalah dari MPPK Tualang Sekah.

GAMBAR DI SINI

 

 

TARIKH :  8 JANUARI 2020

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI : BILIK KURSUS PUSAT INTERNET

PESERTA :  10 ORANG

 

 

 

TUJUAN

Seramai 10 pelajar telah mengikuti kelas e-pembelajaran menggunakan aplikasi Kahoot.

AKTIVITI

Pelajar menyertai kelas e-pembelajaran menggunakan aplikasi Kahoot yang dikendalikan oleh petugas pusat internet. Antara soalan yang ada ialah Bahasa Melayu (tatabahasa, simpulan bahasa, peribahasa, teka teki) dan Sejarah (Jalur Gemilang).

GAMBAR DI SINI

 

TARIKH :  17 DISEMBER 2019

MASA : 9.00 PAGI - 4.00 PETANG

LOKASI : PUSAT INTERNET LEKIR

PESERTA :  14 ORANG

 

 

 

TUJUAN

Seramai 14 peserta telah mengikuti kursus keusahawanan asas pemasaran atas talian yang dikendalikan oleh petugas Pusat Internet Tualang Sekah dengan kerjasama dari Pusat Internet Lekir.

AKTIVITI

Peserta mempelajari teknik strategi pemasaran, cara untuk menggunakan sosial media untuk meningkatkan jualan, tips untuk melajukan jualan di platfom atas talian, cara untuk menggunakan Hashtag dan pemilihan target pembeli, kaedah pendaftaran perniagaan di Shopee.

GAMBAR DI SINI