TARIKH : 5 OKTOBER 2021
MASA : 11.30 PAGI
LOKASI : FACEBOOK PUSAT INTERNET KG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Facebook Pusat Internet Komuniti Kampung Tualang Sekah. Antara yang dipelajari ialah cara tutorial membuat kata laluan di dokumen.
AKTIVITI
Penolong Pengurus Pusat Internet Kg Tualang Sekah iaitu Nur Ain Binti Md Razalay telah mengajar cara membuat kata laluan di dokumen Microsoft Office : Word. Antara yang dipelajari adalah fungsi membuat kata laluan di dokumen microsoft office iaitu di Word, Excel dan Powerpoint serta cara tutorial untuk setkan kata laluan tersebut.