TARIKH : 09 - 10 OGOS 2023
MASA : 10.00 PAGI - 06.00 PETANG
LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Suruhanyaja Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melantik Merdeka Strategic Development Centre Sdn. Bhd. (Merdeka Centre) untuk melaksanakan Kajian Keperluan Pengguna dan Penilaian Impak PEDi bertempat di PEDi Kampung Tualang Sekah.
AKTIVITI
Kajian ini bertujuan untuk mengumpul maklum balas dari komuniti berdasarkan pengalaman sebagai pengguna dan peserta program yang dianjurkan oleh PEDi. Diharapkan kajian ini dapat membantu pihak MCMC mengenal pasti kekuatan, peluang, dan bidang yang perlu ditingkatkan bagi memastikan PEDi dapat menawarkan perkhidmatan berkesan kepada komuniti.