TARIKH : 27 OGOS 2023
MASA : 02.00 PETANG - 05.00 PETANG
LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Telah berlangsung Bengkel Kecantikan dan Keusahawanan di PEDi Kampung Tualang Sekah. Seramai 8 peserta wanita yang menyertai bengkel kali ini. Bengkel ini diajar oleh Puan Azie, Mary Kay Beauty Consultant.
AKTIVITI
Fokus pembelajaran bengkel ini adalah tips penjagaan kulit sihat, langkah penjagaan wajah, teknik mencuci muka dengan betul, tips pemilihan produk yang bersesuaian, mengenali barangan kosmetik serta kandungan dan tips merias wajah. Tidak ketinggalan, peserta berpeluang mencuba dalam sesi praktikal penggunaan produk kecantikan Mary Kay.