TARIKH :  11 JANUARI 2021

MASA : 10.00 PAGI

LOKASI : FACEBOOK PI KG TUALANG SEKAH

 

 

TUJUAN

Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Facebook Pusat Internet Komuniti Kampung Tualang Sekah. Antara yang dipelajari adalah cara untuk menukarkan dokumen PDF kepada dokumen Microsoft Word.

AKTIVITI

Penolong Pengurus Pusat Internet Kg Tualang Sekah iaitu Nur Ain Binti Md Razalay telah mengajar cara untuk menukarkan dokumen tersebut menggunakan laman web 'IlovePDF' dan memberi serba sedikit pengetahuan apakah fungsi dokumen PDF.

GAMBAR DI SINI

 

TARIKH :  9 JANUARI 2021

MASA : 1.00 PETANG

LOKASI : FACEBOOK PI KG TUALANG SEKAH

 

 

 

TUJUAN

Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Facebook Pusat Internet Komuniti Kampung Tualang Sekah. Antara yang dipelajari adalah cara penjualan di platform Facebook iaitu Marketplace.

AKTIVITI

Pengurus Pusat Internet Kg Tualang Sekah iaitu Nordiyana Binti Khairudin telah mengajar cara untuk meletakkan produk di Marketplace Facebook dan memberi serba sedikit tips cara pemasaran atas talian.

GAMBAR DI SINI

 

TARIKH :  11 DISEMBER 2020

MASA : 10.00 PAGI - 11.00 PAGI

LOKASI : FACEBOOK LIVESTREAM PIK FELDA LASAH

 

 

 

TUJUAN

PIK Felda Lasah telah menganjurkan sesi sembang santai secara live di Facebook menggunakan aplikasi Streamyard. Dengan staff PIK Felda Lasah sebagai pengacara dan menjemput staff PIK Kg Tualang Sekah iaitu Puan Nordiyana sebagai penceramah.

AKTIVITI

Sembang santai ini mengupas tentang topik pantang larang ketika seseorang peniaga ingin memulakan perniagaan di atas talian.dan contoh cara pemasaran yang bersesuaian. Antara platform talian perniagaan yang diajar adalah Facebook, Instagram dan Shopee. 

GAMBAR DI SINI

 

 

TARIKH :  14 DISEMBER 2020

LOKASI : GOOGLE FORMS DAN FACEBOOK

PESERTA :  15 ORANG

 

 

 

TUJUAN

Seramai 15 peserta telah menyertai pertandingan kuiz online PIK Kg Tualang Sekah menggunakan Google Forms.

AKTIVITI

Peserta yang terdiri daripada warga sekitar Tualang Sekah dan Malim Nawar telah menyertai pertandingan kuiz ini menerusi hebahan daripada Facebook Pusat Internet Kampung Tualang Sekah. Peserta perlu menjawab soalan yang telah diberikan. Terdapat soalan objektif dan subjektif mengenai Pusat Internet, Klik Dengan Bijak, Portal Sebenarnya.My dan E-Waste.

GAMBAR DI SINI

 

TARIKH :  5 DISEMBER 2020

MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

LOKASI : PUSAT INTERNET KG TUALANG SEKAH

PESERTA :  2 ORANG

 

 

 

TUJUAN

Seramai 2 pelajar iaitu Cik Fazilah Binti Soid dan Puan Zarina Binti Senin daripada kakitangan PDK Kampar telah menyertai kelas asas penghantaran data fail.

AKTIVITI

Pelajar menyertai kelas ini menggunakan laptop sendiri dan belajar cara untuk membuat folder baharu, memasukkan data daripada telefon pintar ke laptop (copy, paste, rename) dan juga ke pendrive.

GAMBAR DI SINI