TARIKH : 04 - 22 SEPTEMBER 2024

MASA : 09.00 PAGI - 06.00 PETANG

LOKASI : NADI KAMPUNG TUALANG

TUJUAN

Program sedia ada di NADI telah disusun semula oleh MCMC dan ia berpandukan kepada lima teras iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan fungsi NADI yang kini memfokuskan penyediaan capaian Internet secara kolektif, sebagai pusat penyebaran maklumat terkini.
 

AKTIVITI

Antara perkhidmatan yang kami sediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tualang Sekah ialah ruangan yang selesa dengan meja panjang, kerusi serta berhawa dingin, internet berkelajuan tinggi, komputer berprestasi tinggi, plug point untuk mengecas laptop dan telefon.