Pusat Sebaran Makumat Nasional (NADI) Kampung Tualang Sekah mengucapkan SELAMAT DATANG & TERIMA KASIH kepada anda yang sudi melawat laman portal kami.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberikan kemudahan serta perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Penubuhan NADI ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar,di samping memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet kepada masyarakat tempatan Kg Tualang Sekah agar setaraf dengan masyarakat di bandar.

NADI diwujudkan di Kg Tualang Sekah ini bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian sekaligus dapat memberikan pendedahan yang menyeluruh kepada masyarakat orang kampung di Tualang Sekah.