KISAH KEJAYAAN 1 - KEUSAHAWANAN

 

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Syahierah Bt Ahmad Solihin

Perempuan

29

Melayu

 

Latar belakang

 

Puan Syahirah binti Ahmad Solihin merupakan seorang surirumah yang berasal dari Gopeng. Puan Syahirah telah menjual brownies cookies sejak tahun lepas. Beliau mula berjinak-jinak menjual secara online dan offline terutamanya melalui Facebook dan Whatsapp sejak bermula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) berlangsung di seluruh negara bermula Mac 2020. Brownies cookies dijual dengan harga RM10. Brownies cookies ini sangat sesuai untuk majlis hari jadi, bertunang dan perkahwinan. Puan Syahirah turut menjual dengan cara Cash On Delivery (COD) ke kawasan berhampiran terutamanya di Simpang Pulai, Batu Gajah, Malim Nawar, Kampar dan Gopeng.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum Puan Syahirah binti Ahmad Solihin menyertai kelas – kelas yang dijalankan di PEDi, tahap pengetahuannya mengenai komputer adalah sederhana. Puan Syahirah tidakmenghadapi kesukaran dalam mengendalikan perkakas komputer mahupun internet. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah Puan Syahirah binti Ahmad Solihin menghadiri kelas-kelas PEDi, beliau dapat menggunakan aplikasi Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk memasarkan iklan brownies cookies secara online. Selain itu, beliau lebih yakin untuk memasarkan produknya di luar Gopeng.

 

 

 

 

KISAH KEJAYAAN 2 - KEUSAHAWANAN

 

 

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Maisara Bt Mustaffa Bakri

Perempuan

34

Melayu

 

Latar belakang

Puan Maisara bt. Mustaffa Bakri merupakan seorang pengusaha makanan sushi yang berasal dari Malim Nawar. Puan Maisara telah menjual sushi sejak tahun lepas. Beliau mula berjinak-jinak menjual secara online dan offline terutamanya melalui Facebook dan Whatsapp sejak bermula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) berlangsung di seluruh negara bermula Mac 2020. Sushi dijual dengan harga bermula dari RM1. Puan Maisara turut menjual dengan cara Cash On Delivery (COD) ke kawasan berhampiran terutamanya di Malim Nawar, Kuala Dipang, Jeram, Kampar dan Mambang di Awan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum Puan Maisara bt. Mustaffa Bakri menyertai kelas – kelas yang dijalankan di PEDi, tahap pengetahuannya mengenai komputer adalah sederhana. Puan Maisara tidakmenghadapi kesukaran dalam mengendalikan perkakas komputer mahupun internet

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah Puan Maisara bt. Mustaffa Bakri menghadiri kelas-kelas PEDi, beliau dapat menggunakan aplikasi Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk memasarkan iklan sushi secara online. Selain itu, beliau lebih yakin untuk memasarkan produknya di luar Kampar.

 

 

 

 

KISAH KEJAYAAN 3 - CELIK IT

 

 

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Nur Alisya Bt Azizan

Perempuan

12

Melayu


Latar belakang

 

Nur Alisya Bt Azizan merupakan seorang pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum Nur Alisya menyertai kelas yang dijalankan di PEDi, tahap pengetahuan mengenai komputer adalah sederhana. Nur Alisya tidak menghadapi kesukaran mengenali perkakas komputer dan cara penggunaannya. Walaupun Nur Alisya tidak memiliki komputer di rumah, itu tidak mematahkan semangatnya untuk mempelajari asas penggunaan komputer. Kebiasaannya, Nur Alisya menggunakan komputer di makmal komputer sekolah pada waktu persekolahan untuk mencari bahan pembelajaran di internet

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah menghadiri kelas PEDii, Nur Alisya cekap menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah terutamanya melibatkan kuiz online. Internet pula digunakan untuk mengulang kaji pelajaran dan mencari maklumat berkaitan. Selain itu, kerana minat yang mendalam terhadap bidang komputer, Nur Alisya juga menyertai Pertandingan Poster PEDi 2020 yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Kampung Tualang Sekah.

Apa yang dipelajari melalui PEdI

-       Kelas E-Pembelajaran (Kahoot, Sebenarnya.my)

-       Kelas Asas Pengaturcaraan (Minecraft dan Scratch)

-       Kelas Microsoft Publisher (Poster)