KISAH KEJAYAAN 1 - KEUSAHAWANAN

 

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Muslina Binti Muhamad

Perempuan

41

Melayu

 

Latar belakang

Puan Muslina binti Muhamad merupakan seorang surirumah yang berasal dari Malim Nawar. Puan Muslina telah menjual pulut kuning berhias sejak tahun lepas. Beliau mula berjinak-jinak menjual secara online dan offline terutamanya melalui Facebook dan Whatsapp sejak 2 tahun lepas. Pulut kuning berhias dijual dengan harga bermula RM50 dan ke atas. Pulut berhias ini sangat sesuai untuk majlis hari jadi, bertunang dan perkahwinan. Puan Muslina turut membuat Cash On Delivery (COD) ke kawasan berhampiran terutamanya di Malim Nawar, Kampar dan Gopeng

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Puan Muslina binti Muhamad menyertai kelas – kelas yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Kampung Tualang Sekah, tahap pengetahuannya mengenai komputer adalah sederhana. Puan Muslina tidakmenghadapi kesukaran dalam mengendalikan perkakas komputer mahupun internet. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah Puan Muslina binti Muhamad menghadiri kelas-kelas Pusat Internet Komuniti Kampung Tualang Sekah, beliau dapat menggunakan aplikasi Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk memasarkan iklan pulut kuning berhias secara online. Selain itu, beliau lebih yakin untuk memasarkan produknya di luar Malim Nawar.

 

 

 

 

 

KISAH KEJAYAAN 2 - KEUSAHAWANAN

 

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Radiah Binti Mohamed Noor

Perempuan

46

Melayu

 

Latar belakang

Puan Radiah binti Mohamed Noor merupakan seorang surirumah yang berasal dari Malim Nawar. Puan Radiah telah menjual apam polkadot sejak tahun 2018. Beliau mula berjinak-jinak menjual secara online dan offline terutamanya melalui Facebook dan Whatsapp sejak 2 tahun lepas. Apam polkadot ini sangat sesuai untuk majlis hari jadi, bertunang dan perkahwinan. Puan Radiah turut membuat Cash On Delivery (COD) ke kawasan berhampiran terutamanya di Malim Nawar, Kampar dan Gopeng.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Puan Radiah binti Mohamed Noor menyertai kelas – kelas yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Kampung Tualang Sekah, tahap pengetahuannya mengenai komputer adalah sederhana. Puan Radiah tidak menghadapi kesukaran dalam mengendalikan perkakas komputer mahupun internet. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah Puan Radiah binti Mohamed Noor menghadiri kelas-kelas Pusat Internet Komuniti Kampung Tualang Sekah, beliau dapat menggunakan aplikasi Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk memasarkan iklan apam polkadot secara online. Selain itu, beliau lebih yakin untuk memasarkan produknya di luar Malim Nawar.

 

 

 

 

 

KISAH KEJAYAAN 3 - CELIK IT

 

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Muhammad Hariz Bin Ibrahim

Lelaki

12

Melayu


Latar belakang

Muhammad Hariz Bin Ibrahim merupakan seorang pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Muhammad Hariz menyertai kelas – kelas yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Kampung Tualang Sekah, tahap pengetahuan mengenai komputer adalah sederhana. Muhammad Hariz tidak menghadapi kesukaran mengenali perkakas komputer dan cara penggunaannya. Walaupun Muhammad Hariz tidak memiliki komputer di rumah, itu tidak mematahkan semangatnya untuk mempelajari asas penggunaan komputer. Kebiasaannya, Muhammad Hariz menggunakan komputer di makmal komputer sekolah pada waktu persekolahan untuk mencari bahan pembelajaran di internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah menghadiri kelas Pusat Internet Komuniti, Muhammad Hariz cekap menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah terutamanya melibatkan kuiz online. Internet pula digunakan untuk mengulang kaji pelajaran dan mencari maklumat berkaitan. Selain itu, kerana minat yang mendalam terhadap bidang komputer, Muhammad Hariz juga banyak menghadiri kelas ICT terutamanya kelas multimedia yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Kampung Tualang Sekah.

 

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

-       Kelas E-Pembelajaran (Kahoot, Sebenarnya.my)

-       Kelas Bimbingan Tahun 6 (Matematik dan Bahasa Inggeris)

-       Kelas Asas Pengaturcaraan (Minecraft dan Scratch)

-       Kelas Microsoft Publisher (Poster)

-       Kelas Membina Emel (Gmail)

-       Kelas tayangan video dokumentari