KISAH KEJAYAAN 1 - KEUSAHAWANAN

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Nur Syahierah Binti Basri

Perempuan

21

Melayu



Latar belakang

 

Cik Nur Syahierah binti Basri merupakan seorang pelajar Politeknik Premier Ungku Omar, Ipoh berasal dari Malim Nawar. Cik Nur Syahierah telah menjual totebag pelbagai saiz sejak 7 tahun yang lepas. Beliau mula berjinak-jinak menjual secara atas talian terutamanya melalui Instagram dan Shopee sejak 2 tahun lepas. Terdapat 9 jenis totebag pelbagai jenis yang dijual. Antara yang popular adalah White/Black Plain Pencil Case, White/Black Plain Totebag dan White/Black Drawstring Bag.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Sebelum Cik Nur Syahierah binti Basri menyertai kelas – kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah,tahap pengetahuannya mengenai komputer adalah sederhana. Cik Nur Syahierah tidakmenghadapi kesukaran dalam mengendalikan perkakas komputer mahupun internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah Cik Nur Syahierah binti Basri menghadiri kelas-kelas Pusat Internet Kampung Tualang Sekah, beliau dapat menggunakan aplikasi Instagram dan Shopee sebagai medium untuk memasarkan totebag secara atas talian. Selain itu, beliau lebih yakin untuk memasarkan produknya di luar negeri Perak.

 

 

 

 

 

KISAH KEJAYAAN 2 - KEUSAHAWANAN

 

 

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Shida

Perempuan

41

Melayu

 

 

Latar belakang

 

Pn. Shida merupakan seorang peniaga yang menyediakan pakej perkahwinan termasuklah katering, dekorasi dan pengurusan majlis di Kampar, Perak. Beliau mempunyai sebuah butik perkahwinan di Taman Siswa, Kampar dan telah beroperasi sejak tahun 2009. Pn. Shida banyak mempromosikan pakej perkahwinan secara atas talian terutamanya melalui Whatsapp dan Facebook. Harga pakej adalah serendah RM11,000.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Sebelum Pn. Shida menyertai kelas – kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah tahap pengetahuannya mengenai komputer adalah sederhana. Pn. Shida tidakmenghadapi kesukaran dalam mengendalikan perkakas komputer mahupun internet. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Setelah Pn. Shida menghadiri kelas-kelas Pusat Internet Kampung Tualang Sekah, beliau dapat menggunakan aplikasi Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk mempromosikan pakej perkahwinan secara atas talian di sekitar Perak terutamanya di Kampar, Gopeng, Tapah dan Malim Nawar.

 

 

 

 

KISAH KEJAYAAN 3 - CELIK IT

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Nuzul Aafiq Haikal

Lelaki

13

Melayu


Latar belakang

Nuzul Aafiq Haikal bin Nor Azhar merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar, Malim Nawar, Perak

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Nuzul Aafiq Haikal menyertai kelas – kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah, tahap pengetahuan mengenai komputer adalah sederhana. Nuzul Aafiq Haikal tidak menghadapi kesukaran mengenali perkakas komputer dan cara penggunaannya. Walaupun Nuzul Aafiq Haikal tidak memiliki komputer di rumah, itu tidak mematahkan semangatnya untuk mempelajari asas penggunaan komputer. Kebiasaannya, Nuzul Aafiq Haikal menggunakan komputer di makmal komputer sekolah pada waktu persekolahan untuk mengulangkaji pelajaran

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah menghadiri kelas Pusat Internet, Nuzul Aafiq Haikal cekap menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah terutamanya melibatkan kerja kursus. Internet pula digunakan untuk mengulang kaji pelajaran dan mencari maklumat berkaitan. Selain itu, kerana minat yang mendalam terhadap bidang komputer, Nuzul Aafiq Haikal juga banyak menghadiri kelas ICT terutamanya kelas multimedia yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah.

 

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet 

-       Kelas Mewarna Menggunakan Aplikasi QuiverVision

-       Kelas Permainan Pendidikan (Finding Hidden Object)

-       Ujian UKM1 Permata Pintar

-       Pemeriksaan Kesihatan MyHealth

-       Kelas E-Pembelajaran (Kahoot, Sebenarnya.my)

-       Larian 10,000 Langkah