KISAH KEJAYAAN 1 - KEUSAHAWANAN

 

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Noriza Binti Zakariah

Perempuan

38

 

Melayu

 

 

Latar belakang

Pn. Noriza bt Zakariah merupakan seorang peniaga menjual kerepek popia cheese dan serbuk cheese di sekitar daerah Kampar, Perak. Beliau turut menjual kerepek popia cheese secara atas talian terutamanya melalui Whatsapp dan Facebook.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Pn. Noriza bt Zakariah menyertai kelas – kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah,tahap pengetahuannya mengenai komputer adalah sederhana. Pn. Noriza tidak menghadapi kesukaran dalam mengendalikan perkakas komputer mahupun internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah Pn. Noriza menghadiri kelas-kelas Pusat Internet Kampung Tualang Sekah, beliau dapat menggunakan aplikasi Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk memasarkan kek tempahan khas secara atas talian. Selain itu, beliau lebih yakin untuk memasarkan produknya di sekitar Perak, lebih-lebih lagi di daerah Kampar dan Kinta.

 

 

 

 

KISAH KEJAYAAN 2 - KEUSAHAWANAN

 

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Muhammad Asyraf Bin Abidin

Lelaki

26

Melayu

 

Latar belakang

En. Muhammad Asyraf bin Abidin merupakan seorang peniaga percetakan baju di Malim Nawar, Perak. Beliau menggunakan Facebook dan Whatsapp sebagai medium pemasaran.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum En. Muhammad Asyraf menyertai kelas – kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah,tahap pengetahuannya mengenai komputer adalah sederhana.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah En. Muhammad Asyraf menghadiri kelas-kelas Pusat Internet Kampung Tualang Sekah, beliau dapat menggunakan aplikasi Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk memasarkan percetakan baju khas secara atas talian.

 

 

 

KISAH KEJAYAAN 3 - CELIK IT

 

 

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Muhammad Adam Bin Johari

Lelaki

11

Melayu

 

Latar belakang

Muhammad Adam bin Johari merupakan seorang pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Muhammad Adam menyertai kelas – kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah, tahap pengetahuan mengenai komputer adalah asas. Muhammad Adam menghadapi kesukaran mengenali perkakas komputer dan cara penggunaannya. Ini adalah kerana keluarga Muhammad Adam tidak memiliki komputer di rumah. Kebiasaannya, Muhammad Adam menggunakan komputer di makmal komputer sekolah pada waktu persekolahan untuk membuat latih tubi dan mengulangkaji pelajaran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah menghadiri kelas Pusat Internet, Muhammad Adam tidak cekap menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah. Internet pula digunakan untuk mengulang kaji pelajaran dan mencari maklumat berkaitan. Selain itu, kerana minat yang mendalam terhadap bidang komputer, Muhammad Adam juga banyak menghadiri kelas ICT terutamanya kelas multimedia yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah.

 

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

-    Kelas Pengaturcaraan Animasi Menggunakan Aplikasi Scratch

-       Kelas Tayangan Video Animasi Bahasa Inggeris

-       Kelas Terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu

-       Kelas Microsoft Word

-       Kelas Dashboard Komuniti (MyShop, MyKomuniti)

-       Kelas E-Pembelajaran (Kahoot, Quizlet, Quizizz)