KISAH KEJAYAAN 1 - KEUSAHAWANAN

 

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Latifah Binti Ibrahim

Perempuan

62

 

Melayu

 

 

Latar belakang

 

Puan Latifah bt. Ibrahim merupakan seorang peniaga menjual sabun pencuci pinggan dan sos cili homemade dari rumahnya di Taman Bina Jaya, Malim Nawar, Perak. Jenama perniagaannya adalah Be Clean . Beliau turut menjual produknya secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Sebelum Puan Latifah menyertai kelas – kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah,tahap pengetahuannya mengenai komputer adalah rendah. Puan Latifah menghadapi sedikit kesukaran dalam mengendalikan perkakas komputer mahupun internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah Puan Latifah menghadiri kelas-kelas Pusat Internet Kampung Tualang Sekah, beliau dapat menggunakan aplikasi Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk memasarkan produk sabun pencuci pinggan dan sos cili homemade secara atas talian. Selain itu, beliau lebih yakin untuk memasarkan produknya di sekitar Perak, lebih-lebih lagi di daerah Kampar dan Kinta.

 

 

 

 

 

 

KISAH KEJAYAAN 2 - KEUSAHAWANAN

 

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Noraini Abdul Khalil

Perempuan

38

Melayu

 

 

Latar belakang

 

Puan Noraini merupakan seorang peniaga menjual donut coklat dan coklat  dari rumahnya di Taman Bina Jaya, Malim Nawar, Perak. Jenama perniagaannya adalah Ainieys Kitchen. Beliau turut menjual produknya secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Sebelum Puan Noraini menyertai kelas – kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah,tahap pengetahuannya mengenai komputer adalah sederhana. Puan Noraini tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam mengendalikan perkakas komputer, telefon pintar mahupun internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Setelah Puan Noraini menghadiri kelas-kelas Pusat Internet Kampung Tualang Sekah, beliau dapat menggunakan aplikasi Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk memasarkan produk donut keju dan coklat secara atas talian. Selain itu, beliau lebih yakin untuk memasarkan produknya di sekitar daerah Kampar.

 

 

 

 

 

 

KISAH KEJAYAAN 3 - CELIK IT

 

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Nur Qistina Anis Binti Syed Guntur

Perempuan

12

Melayu

 

Latar belakang

 

Nur Qistina Anis bt Syed Guntur merupakan seorang pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Sebelum Nur Qistina Anis menyertai kelas – kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah, tahap pengetahuan mengenai komputer adalah sederhana. Nur Qistina Anis tidak menghadapi sebarang kesukaran mengenali perkakas komputer dan cara penggunaannya. Ini adalah kerana keluarga Nur Qistina Anis memiliki komputer di rumah. Pada masa yang sama, Nur Qistina Anis juga menggunakan komputer di makmal komputer sekolah pada waktu persekolahan untuk mengemaskini akaun FrogVLE dan mengulangkaji pelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah menghadiri kelas Pusat Internet, Nur Qistina Anis lebih cekap menggunakan komputer untuk membuat kerja kursus sekolah. Internet pula digunakan untuk mengulang kaji pelajaran dan mencari maklumat berkaitan. Selain itu, kerana minat yang mendalam terhadap bidang komputer, Nur Qistina Anis juga banyak menghadiri kelas ICT dan keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah.

 

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

 

-       Kelas Intel Easy Step

-       Kelasa Tayangan Video Animasi Bahasa Inggeris

-       Kelas E-Pembelajaran (Kahoot, English Central)

-       Kelas Mewarna menggunakan Aplikasi QuiverVision

-       Kelas Klik Dengan Bijak

-       Kelas E-Pembelajaran (Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu)

-       Kelas Dashboard Komuniti (MyKomuniti, MySoal, MyHealth, MyShop)

-       Kelas Masakan Chef Cilik

-       Pertandingan Treasure Hunt

-       Pertandingan Larian 10,000 Langkah