KISAH KEJAYAAN 1 - KEUSAHAWANAN

 

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Fahariza Eza

Perempuan

32

Melayu

 

Latar belakang

 

Puan Fahariza Eza merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau  mengusahakan perniagaan produk herba tradisional dan penjagaan kulit berasaskan kunyit secara sambilan di sekitar Kampar. Jenama perniagaan beliau adalah Aura Seroja Wangi Enterprise. Beliau turut menjual produknya secara atas talian.

 

Antara produk yang dijual adalah Skrub Kunyit Home Made Aura Wangi, Sabun Kunyit Aura Wangi dan Jus Kunyit Aura Wangi. Skrub Kunyit Home Made Aura Wangi adalah produk berasaskan kunyit tanpa bahan terlarang terutama bahan kimia untuk membantu menyelesaikan masalah jerawat, jeragat, whitehead, blackhead, kulit kusam dan parut hitam. Sabun Kunyit Aura Wangidiolah bersama ekstrak Aloe Vera, vitamin C & E bersama grape oil untuk kulit berjerawat, berminyak dan memperlahankan kadar penuaan kulit. Jus Kunyit Aura Wangi pula disediakan bersama asam jawa, sirih, limau nipis, manjakani, akar serapat dan rempah ratus untuk kebaikan semua golongan termasuk lelaki.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Sebelum Puan Fahariza Eza menyertai kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah, tahap pengetahuannya mengenai komputer adalah sederhana mahir. Puan Fahariza Eza tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam mengendalikan perkakas komputer mahupun internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah Puan Fahariza Eza menghadiri kelas-kelas Pusat Internet, beliau dapat menggunakan aplikasi Facebook Page, Whatsapp dan laman web sebagai medium untuk memasarkan produk herba tradisional secara atas talian. Selain itu, beliau lebih yakin untuk memasarkan produknya di luar Kampar.

 

 

 

 

 

 

 

KISAH KEJAYAAN 2 - KEUSAHAWANAN

 

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Salleh

Lelaki

30

 

Melayu

 

 

Latar belakang

 

Encik Salleh merupakan seorang usahawan perniagaan produk cenderamata, medal, piala dan plak sepenuh masa. Jenama perniagaan beliau adalah Transformasi Maksima. Beliau turut menjual produknya secara atas talian.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Encik Salleh menyertai kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah, tahap pengetahuannya mengenai komputer adalah sederhana mahir. Encik Salleh tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam mengendalikan perkakas komputer mahupun internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah Encik Salleh menghadiri kelas-kelas Pusat Internet, beliau dapat menggunakan aplikasi Facebook Page dan Whatsapp sebagai medium untuk memasarkan produk cenderamata, medal, piala dan plak secara atas talian. Selain itu, beliau lebih yakin untuk memasarkan produknya di seluruh Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

KISAH KEJAYAAN 3 - CELIK IT

 

 

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Muhammad Afiq Haikal Bin Mohd Jamil

Lelaki

13

Melayu

 

 

 

Latar belakang

 

Muhd Afiq Haikal Bin Mohd Jamil merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar, Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Muhd Afiq Haikal Bin Mohd Jamil menyertai kelas – kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah, tahap pengetahuan mengenai komputer adalah sederhana. Muhd Afiq Haikal tidak menghadapi sebarang kesukaran mengenali perkakas komputer dan cara penggunaannya. Ini adalah kerana Muhd Afiq Haikal memiliki komputer riba di rumah. Kebiasaannya, Muhd Afiq Haikal hanya menggunakan komputer di Pusat Internet untuk membantunya mencari maklumat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah menghadiri kelas Pusat Internet, Muhd Afiq Haikal lebih cekap menggunakan komputer untuk membuat kerja kursus sekolah. Internet pula digunakan untuk mencari maklumat, mengulang kaji pelajaran dan bermain permainan berasaskan pendidikan seperti Quizizz, Kahoot dan FrogVLE. Selain itu, kerana minat yang mendalam terhadap bidang komputer, Muhd Afiq Haikal juga banyak menghadiri kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah.

 

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

- Kelas Asas Pengaturcaraan (Scratch)

- Kelas Klik Dengan Bijak

- Kelas Dashboard Komuniti

Kelas e-pembelajaran (Kuiz Kahoot dan Quizizz)

- Kelas English Central