TARIKH : 20 FEBRUARI 2023
MASA : 02.00 PETANG - 04.00 PETANG
LOKASI : PUSAT INTERNET KOMUNITI KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Ia dilaksanakan adalah agar pihak Kerajaan Negeri lebih cakna dan prihatin terhadap isu dan masalah telekomunikasi setempat yang melibatkan pelbagai pihak termasuk Pegawai Daerah, Yang Dipertua dan lain-lain pemimpin masyarakat melalui sesi taklimat dua hala.
AKTIVITI
Semasa lawatan tersebut, turut diadakan sesi pengenalan bersama usahawan sekitar Malim Nawar yang telah menyertai kelas atas talian yang telah dijalankan di PEDi Kampung Tualang Sekah. YB juga sempat berinteraksi dengan para usahawan untuk berkongsi pengalaman mereka menjalankan perniagaan ketika pasca pandemik.