TARIKH : 10 OGOS 2022
MASA : 9.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
LOKASI : PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Telah berlansungnya program kaunter bergerak agensi Tabung Haji bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah. Sambutan yang memuaskan daripada orang ramai, seramai lebih kurang 30 warga setempat telah hadir bagi menjayakan program ini.
AKTIVITI
Program Tabung Haji ini menyediakan perkhidmatan seperti pembukaan akaun baru, mengemaskini maklumat peribadi dan akaun, pendaftaran atau semak status haji serta pengenalan dan pendaftaran Online THiJARI. Selain itu, PEDi juga mendapat ahli baharu semasa berjalannya program ini.