TARIKH : 17 JUN 2022
MASA : 3.30 PETANG
LOKASI : FACEBOOK PAGE PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kampung Tualang Sekah menggunakan Streamyard. Antara yang dipelajari ialah tentang Reka Jadual Kelas di siri Live Grafik Gempak Canva.
AKTIVITI
Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Tualang Sekah iaitu Nordiyana Binti Khairudin telah mengajar cara reka bentuk grafik mudah dengan menggunakan aplikasi Canva. Antara yang dipelajari adalah cara mendaftar akaun Canva, cara untuk carian dan pemilihan 'table' yang bersesuaian, mengedit jadual dan 'font combination', menambahkan elemen pada produk seperti gambar serta menjawab soalan daripada penonton.