TARIKH : 10 APRIL 2022
MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
LOKASI : PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA (PEDi) KAMPUNG TUALANG SEKAH
PESERTA : 1 ORANG
TUJUAN
Seorang pelajar Aqil Hafeez Zaquan bin Rosli, 13 tahun (Tingkatan 1) telah menyertai Kelas Pengenalan kepada Emel untuk mempelajari cara-cara untuk menggunakan emel dengan betul serta fungsi-fungsinya.
AKTIVITI
Pembelajaran diajar oleh Pn. Nordiyana binti Khairudin, Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah. Antara yang dipelajari adalah Mengenal Fungsi Emel, Menu Utama Gmail, Menghantar Emel, Membalas Emel, SetUp GMeet, Membuat Tandatangan (Signature), Menukarkan Latar Belakang Emel dan Chat. Pada akhir sesi pembelajaran, pelajar menghantar emel berdasarkan tugas yang telah diberikan.